Banyak sahaja individu yang kurus nak naikkan badan supaya tak nampaklah seperti boleh terbang jika ditiup angin. Jadi, mereka ingin besarkan badan sedikit, katanya pakai baju pun akan nampak lebih kemas.

Saya nak kongsikan dahulu panduan untuk anda guna sebagai rujukan bagi mendapatkan berat ideal. Ini adalah berat badan yang dicadangkan selaras dengan ketinggian seseorang.

Jika anda rasa perlu tambahkan sedikit lagi berat badan supaya sedap mata memandang, anda boleh ikut 8 perkara penting ini:

1- Makan banyak

Anda kena makan lebih banyak daripada apa yang badan anda bakar. Sepanjang msaa, badan anda akan membakar kalori. Jadi, anda kena pastikan ada lebihan yang tak terbakar untuk disimpan dalam badan lantas menaikkan berat.

2- Makan lagi banyak

Kalau anda tak mampu nak makan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa, cuba kerapkan makan. Lagi mudah nak makan banyak kali daripada makan banyak terus. Ikut pada diri anda sendiri.

3- Makan makanan tinggi kalori

Amalkan makanan yang tinggi kalori terutamanya daripada keluarga karbohidrat dan lemak (yang sihat). Contohnya seperti nasi, pasta, roti, dan kekacang.

4- Makan lebih protein

Untuk membesarkan otot, anda wajib dapatkan protein kerana ia merupakan sumber pembaikpulihan setiap sel dalam badan anda. Protein datang daripada ayam, ikan, daging, kekacang, supplement, dan macam-macam lagi.

5- Buat jadi shake

Tak larat nak makan, kena blend makanan (kalau anda lalu makanlah). Buat bagi sedap, dengan kata lain, buat mass gainer anda sendiri. Campurkan oat, koko, oreo, pisang, dan susu dalam blender.

6- Jejak kalori

Orang kurus selalu ingat dah makan banyak dan cukup kalori. Sedangkan, kalau mereka buat diari pemakanan dan jejak kalori harian, tak cukup! Patutlah berat badan susah betul nak naik.

7- Main gym

Kalau tak mahu main gym pun, boleh buat senaman di rumah. Senaman merangsang kenaikan otot sekali gus menjadikan badan lebih berat dan mantap. Kalau naik berat tapi lemak sahaja yang naik pun tak bagus!

8- Konsisten

Jangan hangat-hangat tahi ayam. Kalau anda berperangan sebegitu, gerenti tak berjaya punya. Fokus kepada matlamat akhir anda. Biar naik sikit-sikit, sebab nanti lama-lama badan mesti akan membesar. Jangan mengharap hari ini makan banyak, seminggu dah naik 20kg.