Benda paling penting untuk bina badan ialah mendapatkan protein yang mencukupi. Protein akan digunakan untuk pemulihan sel otot anda. Sumber protein adalah seperti ayam dan daging.
Selalunya orang suruh makan daging dan ayam banyak untuk bina badan yang lebih besar. Sebenarnya, ikan juga bagus untu membina otot! Walapun kandungan protein dalam ikan tidaklah sebegitu tinggi seperti ayam dan daging, tetapi kelebihannya adalah pada komponen lain.
Jangan lupa untuk masukkan ikan ke dalam rutin diet anda selepas ini! Selang-selikan dengan pemakanan ayam dan daging. Ini juga adalah peluang anda untuk mempelbagaikan resepi masakan anda!
IKAN ADALAH LEAN
Lean di sini maksudnya bebas (atau rendah) lemak. Kalau anda selalu masak sendiri ayam dan daging, anda boleh lihat bagaimana sejumlah lemak boleh meliputi bahagian isi yang kita hendak makan itu. Ikan pula kurang mengalami masalah ini kerana mereka secara semula jadi adalah rendah lemak. Tetapi, ada juga ikan tinggi dengan lemak cuma ianya lemak sihat seperti ikan salmon yang kaya dengan lemak omega-3. Jadi, mereka yang hendak cutting dan bakar lemak sangat sesuai melebihkan ikan dalam diet mereka.
IKAN MEMPUNYAI BANYAK LEMAK SIHAT
Seperti yang dikatakan tadi, ikan mempunyai banyak lemak sihat. Biasanya, lemak-lemak lain yang kita makan lebih cenderung untuk disimpan sebagai lemak badan. Sebaliknya berlaku dengan lemak ikan di mana lemak tersebut lebih gemar digunakan badan dalam proses-proses metabolisme sel-sel lain. Selain daripada itu, lemak ikan juga membantu dalam pengagihan karbohidrat ke dalam otot yang boleh mendorong kepada peningkatan kebolehan membina otot serta kestabilan hormon-hormon yang penting untuk bina badan. Senang kata, lemak ikan adalah bagus.
IKAN KAYA DENGAN MINERAL
Kebanyakan ikan terkenal dengan kayanya kandungan mineral selenium dan iodine, di mana kedua-dua mineral ini sangat penting untuk menyokong kadar metabolisme badan semula jadi. Tetapi, ikan tidaklah kaya dengan dua mineral ini sahaja. Ada banyak lagi kandungan lain yang sangat bagus dan penting untuk kesihatan. Untuk mendapatkan khasiat daripada ikan secara maksimum, pelbagaikan jenis ikan yang anda makan dalam sehari. Jangan terlalu bergantung pada satu jenis sahaja.
Saya tidaklah menyatakan ikan adalah wajib, cuma kelebihannya banyak. Kalau anda mampu menyediakan ikan, maka lakukan. Jika anda kekurangan masa, maka ambil sahaja supplement.
Entri: Aiman Radzi
@Deegymsupplement #DeeFitness