Welcome to Deegymsupplement
017-9194860 enquiry@deegymsupplement.com
Close
Jalan B/35, Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
017-9194860 enquiry@deegymsupplement.com
Bulking Itu Mudah Kalau Anda Ikut Meal Plan Ini

Bulking Itu Mudah Kalau Anda Ikut Meal Plan Ini

Dulu, Admin ada kongsikan meal plan bulking mudah tapi ramai kata banyak pakai duit. Satu fakta anda kena hadam, nak bina badan memang kena pakai duit yang banyak. Kosnya adalah tinggi untuk mendapatkan dan mengekalkan bentuk badan yang mantap.

Berbaloikah habiskan duit banyak untuk dapatkan body yang kian lama akan tua juga? Janganlah fikir begitu, sebaliknya fokus pada kelebihan dari aspek kesihatan. Lebih baik guna sedikit wang sekarang untuk kesihatan berbanding banyak wang nanti di hospital.

Oleh itu, Admin nak kongsi lagi menu yang simple dan boleh diamalkan secara harian. Kurangnya adalah pada variasi sahaja. Jadi, kalau anda jenis cepat bosan dengan menu yang sama dan kurang “warna-warni”, plan diet ini bukanlah untuk anda.

Meal plan ini cukup mudah dan boleh diamalkan sesiapa sahaja. Kuantitinya boleh berubah bergantung pada keperluan kalori harian anda. Kalau perlu lebih lagi, makan sahaja dalam porsi lebih besar.

Sarapan (6AM)

Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dan anda tak boleh tinggalkan sarapan pagi. Ia akan berikan tenaga kepada anda sepanjang hari. Jadi, isikan sarapan pagi dengan makanan rendah nilai GI seperti;

  1. Ubi keledek rebus/goreng
  2. Sayur bayam
  3. Roti dan telur goreng/rebus

Minum Pagi (9AM)

Untuk pastikan anda mendapatkan kalori yang cukup, anda digalakkan untuk mengamalkan “minum-minum”. Dalam hal ini, anda digalakkan untuk mengambil samada whey ataupun mass. Masukkan juga sebiji buah jika anda mampu mendapatkannya.

Makan Tengahari (1PM)

Makan yang berat sedikit pada masa ini. Nasi berlauk adalah digalakkan. Lauk apa yang anda patut makan? Apa-apa sahaja daripada ayam, daging, mahupun makanan laut. Makan seperti biasa dan tambahkan beberapa makanan sampingan lain seperti:

  1. Tempeh
  2. Sayur-sayuran
  3. Kentang
  4. Roti berkrim coklat

Minum Petang (3PM)

Sama sahaja dengan minum pagi. Ambil satu skop whey ataupun setengah sajian mass untuk masa “minum-minum”. Kalau anda mahukan lebih kalori, ambil sahaja satu sajian mass untuk setiap masa minum. Nak lebihkan lagi kalori supaya lagi tinggi? Kisarkan mass anda bersama mentega kacang.

Makan Malam (7PM)

Pada waktu ini, anda digalakkan untuk memakan makanan yang menggabungkan karbohidrat jenis rendah GI dan tinggi GI. Cara mudah adalah dengan memakan nasi bercampur ubi keledek. Lauk anda bergantung pada apa yang anda boleh sediakan. Hatta, nasi bujang bersama sayur-sayuran adalah menu paling mudah pada masa ini (tak semua sempat masak sebab ada yang keletihan pulang dari kerja).

Minum Malam (10PM)

Ambil snek mudah untuk minum malam. Pilihan anda adalah seperti ini:

  1. Roti disapukan mentega kacang
  2. Buah-buahan
  3. Kekacang (kacang almond dan kacang gajus adalah digalakkan)
  4. Tempeh
  5. Sup bersama isi ayam
  6. BCAA

Pilihan-Pilihan Snek Mudah Tapi Tinggi Kalori Dan Protein

  1. Roti
  2. Tempeh
  3. Peanut Butter
  4. Biskut
  5. Susu
  6. Whey
  7. Telur

Tak perlu makan makanan luar biasa. Makanan harian kita juga sudah memadai. Kalau anda nak makan makanan “bina badan” seperti atlet-atlet bina badan luar negara, memang rabaklah nanti poket.

Entri oleh: Aiman Radzi

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *