Nak diet sahaja kena makan beras perang. Kenapa dengan beras putih yang buat ramai tak memakannya semasa diet? Ada label “makanan untuk jadi gemuk” kah pada paket beras tersebut?

Apakah perbezaan antara memakan nasi berwarna putih dengan nasi yang berwarna perang? Ramai kata, kalau nak kurus kena makan nasi beras perang, dan ramai pula yang menyalahkan beras putih sebab ia menggemukkan. Adakah semua ini betul?

KALAU NAK DIIKUTKAN…

Nutrisi yang ada dalam beras perang adalah hampir sama dengan beras putih. Yan membezakan ia berdua adalah kandungan serat, di mana kandungan serat dalam beras perang adalah lebih tinggi, menjadikan beras perang lambat sikit untuk dihadam. Jumlah kalorinya hampir sama juga.

Anda boleh makan beras perang ataupun putih kalau nak kurus. Yang kena jaga adalah kuantitinya. Kalau anda tak jaga kuantiti, makan apa pun boleh menyebabkan kegemukan.

Bagusnya beras perang semasa hendak kurus, bukanlah sebab ia mengandungi kalori yang rendah. Kalau anda terlajak makan, atau makan beras perang sama banyak dengan anda makan nasi putih, boleh gemuk juga. Tetapi, sebab ia mengandungi serat yang tinggi, anda dapat rasa kenyang lebih lama daripada memakan nasi putih.

Nasi perang juga sesuai dimakan 2-3 jam sebelum workout supaya anda dapat kumpulkan tenaga semasa workout nanti. Lambat hadam maksudnya tenaga anda dapat tahan lama. Lagi kelebihan beras perang ialah kandungan vitamin, mineral, phytic acid, dan phytoestrogen yang berkurang dalam beras putih hasil daripada pemprosesan beras perang kepada beras putih.

Entri: Aiman Radzi