Admin nampak ramai yang struggle semasa squat. Macam mana Admin boleh kata macam itu? Tengok, kalau main berat sikit dan rasa susah, form mereka mula lari sikit seperti pegerakan lutut tidak selari dan posisi kepala mendongak ke atas.

 

Apabila mereka pandang ke atas, ia ibarat membawa badan mereka sekali ke atas. Adakah ini benda yang benar? Mari kita lihat!

 

Neutral Spine

Spine bermaksud tulang belakang dan neutral bermaksud meletakkan posisi tulang belakang dalam keadaan seperti waktu biasa. Cuba berdiri di hadapan cermin dan tengok badan anda dari sisi, itulah keadaan neutral tulang belakang anda.

 

Apabila anda mendongak ke atas, ini tidak lagi meletakkan tulang belakang anda dalam keadaan neutral, sedangkan cara terbaik untuk squat dan deadlift adalah neutral spine. Perubahan posisi tulang belakang akan memberi kesan dari segi pengaktifan otot dan juga kestabilan.

 

Otak anda berkait rapat dengan tulang belakang. Apabila mendongak, ia ibarat menghantar isyarat ketidakseimbangan kepada otak. Lantas, otak menjawab isyarat tersebut dengan menghadkan pengaktifan otot-otot teras.

 

Senang kata, prestasi senaman anda kalau dalam posisi tulang belakang yang tidak betul akan berkurang. Jadi, anda tak dapat manfaat maksimum daripada senaman tersebut.

 

Jadi, macam mana cara yang betul?

 

Masukkan dagu anda ke dalam. Tengok gambar di atas sebagai rujukan. Ini akan menguatkan otot-otot belakang anda dan mengukuhkan struktur badan untuk menahan bebanan squat tersebut.