Makan 30-60 Minit Lepas Workout

Pernah dengar tak orang cerita tentang anabolic window? Katanya, 30-60 minit selepas workout, anda kena minum protein atau makan postworkout. Kalau tak, nanti rugi sahaja training tadi sebab badan tak dapat nutrisi secukupnya.

 

Memang ada sesetengah kajian yang menyokong bahawa memakan dalam masa anabolic window ini memberikan kesan peningkatan sintesis protein (pembinaan otot) yang lebih tinggi, tetapi bukanlah sampai ke tahap ia merugikan kalau anda tak ambil. Ada juga kajian yang kata tak ada sebarang perubahan yang signifikan samada makan dalam anabolic window ataupun di luar masa tersebut.

 

Yang paling asasnya, selepas workout memang anda kena isi semula tenaga yang telah digunakan. Fokus anda adalah pada karbohidrat, dan jika anda nak lebih cepat serap, gunakan karbohidrat tinggi indeks glisemik. Minum air isotonic juga boleh tapi berjaga-jaga dengan kandungan gula. Gabungkan dengan BCAA, maka anda dapat satu minuman pembina otot yang sungguh berkesan untuk postworkout!

 

Kalau makanan biasa, anda boleh makan nasi, roti, dan lain-lain. Jika anda nak makan mamak di bawah gym, cuba order capati ataupun nan, ada ayam Tandoori pun bagus. Ini kira makanan yang agak baik kerana kurang minyak. Dan, anda tetap kena makan selepas workout walaupun anda sedang cuba untuk turun berat badan.

 

Untuk hari rest day, anda kena makan juga sama banyak seperti hari anda workout kerana anda perlukan nutrisi tersebut utnuk membaikpulih otot yang anda kerjakan semasa workout. Melainkan anda amalkan kitaran karbohidrat (yang agak bagus juga untuk mendorong pembakaran lemak intensif), nilai kalori harian workout dan rest day haruslah sama.

Komen Facebook