Anda Nakkan Cheat Meal?

Biasanya, sesiapa yang berdiet tahu tentang cheat meal. Ia adalah satu masa di mana anda boleh memakan makanan di luat jadual diet anda. Sekali seminggu, memang bagus untuk cheat meal.

Anda boleh guna cheat meal untuk bulking dan cutting. Dengan syarat, di luar masa cheat meal, anda kena jaga makan dengan betul! Kalau main hentam sahaja makan, memang tak akan jadi. Malah, jadi lagi gemuk ada lah daripada jadi ripped!

Kesalahan Ramai Dengan Cheat Meal

Kesalahan pertama, adalah menjadikan cheat meal sebagai cheat day. Meal bermaksud pemakanan sesuatu masa, manakala day bermaksud seharian. Jangan adakan cheat day, tapi cheat meal bagus.

Cheat day membenarkan orang memakan apa sahaja untuk satu hari dalam seminggu. Cara ini sebenarnya boleh merosakkan diet anda untuk seminggu. Tapi, cheat meal hanya satu sahaja masa makan; macam makan pizza waktu makan malam sahaja. Itu tiada masalah.

Tip Ringkas Cheat Meal

1. Cuba masukkan cheat meal pada hari latihan berat – terutama latihan kaki
2. Calitkan peanut butter pada roti, atau sedap lagi dengan Nutella
3. Kena ingat cheat meal adalah sekali makan – bukan cheat day
4. Jangan terlalu bergantung untuk sampai ke cheat meal
5. Jangan terlalu berdiet tegas jika anda bukan atlit bina badan
6. Ambil cheat meal maksimum 3 kali seminggu sahaja

Komen Facebook