Pastikan Alignment Lutut Betul Semasa Squat Untuk Keselamatan Anda

Pergerakan lutut adalah komponen yang penting dalam squat. Selalunya, orang silap dengan membengkokkan lutut ke hadapan dahulu, sedangkan yang betul ialah menolak punggung ke belakang.

 

Itu masalah pertama, tetapi bukanlah masalah yang besar sangat. Yang Admin nak fokus hari ini adalah posisi pergerakan lutut bersama dengan tapak kaki. Tengok gambar di bawah.

 

Image result for squat knee alignment

Perhatikan tapak kaki kedua-dua gambar dan juga posisi lutut. Yang kanan, boleh nampak lutut agak lari atau tidak berada dalam garisan lurus sama dengan tapak kaki. Kalau kiri, lututnya lebih terbuka untuk berada dalam posisi lurus dengan tapak kaki. Yang kiri adalah yang betul. Kalau buat macam yang kanan, anda membahayakan ligament-ligament bahagian dalam lutut. Power pun akan jadi kurang.

 

Untuk squat yang betul, anda kena bayangkan yang anda buka lutut ke luar. Ini akan membolehkan anda untuk squat secara deep.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook