” ABS ARE MADE IN KITCHEN “…BETUL KE FAKTA TU ?

15977500_1333019136743960_2942248786108765453_n

 

Orang kata kalau nak PERUT 6 PACK, kena jaga makan je.

“Abs are made in the kitchen”. Betul ke?

Tak berapa tepat sebenarnya!

Ya, jaga makan adalah penting untuk membakar lemak supaya sixpack anda nampak jelas. Kalau anda buat sit-up tiap hari tapi tak jaga makan, memang takkan nampak 6 ketul dekat perut tu!

Tapi, untuk bagi nampak sixpack tu sebenarnya kena latih dulu dengan cara yang betul. Sixpack juga otot macam otot-otot lain. Kalau nak bagi nampak tangan besar, kenalah train bicep and tricep bagi besar.

Sama macam sixpack, nak nampak sixpack kena train bagi otot sixpack tu besar dulu. Barulah nanti bila dah jaga makan akan jelas! Sebab tu, setengah orang kurus, nampak je sixpack tapi tak tersembul, sebab otot perut mereka masih nipis.

Train abs gunakan pemberat, jangan train kosong sahaja! Buat exercise abs guna cable, guna dumbbell, dan buat selang sehari. Target 3-4 set untuk 8-12 reps dan ke atas.

Saya suka buat Russian Twist untuk abs. Dia punya rasa, pehh! Guna pemberat atau dumbbell. Angkat kaki kalau nak bagi lagi susah! Try buat tiap-tiap hari.

Satu lagi tip, kalau hari ini kuat buat 3 set untuk abs, kita kena buat jugak senaman untuk lower back sebanyak 3 set. Ini untuk seimbangkan kekuatan depan-belakang. Ramai sakit pinggang sebab banyak sangat buat senaman abs, sebenarnya!

Info By Aiman Radzi
______________________________________________
.
Banyak lagi Info-info menarik kat Instagram admin, Folow Terus Instagram admin —-> @DeeGymSupplement
______________________________________________

Komen Facebook