Ada bahagian otot badan yang KETINGGALAN seperti chest tidak besar, back, arms, ataupun leg?

Cuba buat TEKNIK GILA ini untuk PAKSA otot anda membesar dengan SEGERA!

Bagaimana? Anda buat latihan berat badan, PAGI dan PETANG, setiap HARI.

Anda kena cari dua jenis senaman untuk bahagian yang anda mahu kerjakan. Satu senaman biasa, dan satu lagi jenis explosive.

Contoh mudah, untuk dada, senamannya adalah push-up dan clap push-up. Buat begini:

Hari 1: AM 20 total sets, PM 16 total sets
Hari 2: AM 16 total sets, PM 12 total sets
Hari 3: AM 8 total sets, PM rehat
Hari 4: AM 20 total sets, PM 16 total sets
Hari 5: AM 16 total sets, PM 12 total sets
Hari 6: AM 8 total sets, PM rehat
Hari 7: Rehat sepenuhnya

Buat senaman biasa waktu pagi, dan senaman explosive waktu petang. Pastikan setiap set adalah antara 10-12 rep sahaja. Kalau terlalu mudah, anda kena tambahkan beban. Pakai beg berisi buku adalah cara mudah untuk tambahkan bebanan.

Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)