Bermula dari umur 30 tahun, lelaki akan mengalami pengurangan tahap testosteron di dalam badan mereka sebanyak 10% setiap 10 tahun. Ini adalah pengurangan yang banyak! Dalam masa yang sama, SHBG pula meningkat dan hormon tersebut menyekat fungsi testosteron.

Penurunan penurunan testosteron memanglah normal, tetapi setiap orang mempunyai kadar penurunan yang berbeza. Ada cepat ada lambat, ada banyak ada sikit. Kalau testosterone anda terlalu rendah, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan kita.

Ramai daripada kita sudah tahu yang testosteron amat penting untuk membina badan menjadi lebih cergas. Ia sangat berkait dengan jisim otot, lemak, kekuatan, ketahanan, nafsu, dan macam-macam lagi. Tetapi, itu sebahagian sahaja dan itu hanya dalam bidang fitness. Rendahnya testosteron turut memberi kesan kepada sistem kardiovaskular, penyakit kanser, kencing manis, tulang rapuh, dan pelbagai lagi.

Simptom-simptom yang akan dialami adalah berbeza-beza dari seseorang seseorang yang lain. Berikut adalah beberapa simptom kepada masalah rendah testosteron:

  1. Emosi cepat beruba
  2. Kurang nafsu syahwat
  3. Kurang ketegangan alat kelamin
  4. Tidak dapat kawal alat kelamin
  5. Kurang keyakinan diri
  6. Tidak fokus dengan kerja
  7. Kurang tenaga
  8. Lemak badan meningkat
  9. Jisim otot berkurang
  10. Mempunyai masalah depresi

Nota, anda tengok simptom ini seperti masalah-masalah biasa yang dihadapi hari-hari. Tetapi itulah hakikatnya, gaya hidup kita menyebabkan kita rasa seperti itu dan sebenarnya kita sedang hadapi masalah rendah testosteron.

Hormon ini banyak bermain dengan cara kita berfikir, bukan sahaja dengan fizikal kita. Orang yang sentiasa aktif dan positif sebenarnya mempunyai tahap hormon yang sihat. Kalau yang berkerja dalam suasana tidak produktif, banyak duduk, dan sentiasa tertekan, berjaga-jagalah.

Entri: Aiman Radzi

@Deegymsupplement #DeeFitness