Adakah Berlatih Hari-Hari Memudaratkan?

Yang malas pergi ke gym memang malas betul, tapi yang rajin pula terlalu rajin. Hari-hari pergi tak terlepas. Orang kata otot kita membesar waktu kita tidak ke gym dan berehat di rumah. Jadi, adakah yang terlebih rajin ini memudaratkan?

Ada yang pergi ke gym 3 kali seminggu, ada yang 5-6 seminggu. Memang ada yang pergi 7 kali seminggu, saya sendiri selalu jumpa. Mereka tak tahu penat ke?

Badan kita berfungsi dengan cara adaptasi. Apabila kita stimulasi kepada badan kita, maka badan akan bertindak balas mengikut rangsangan yang diberikan. Dan, semakin kerap stimulasi yang diberikan, semakin cpat juga badan akan adapt.

Frekuensi dan isipadu bergerak secara terbalik. Maksudnya, semakin tinggi frekuensi latihan, maka rendahlah isipadu latihan harian. Begitu juga sebaliknya. Kalau anda buat semua tinggi, badan akan makan diri.

Frekuensi bermaksud kekerapan senaman. Berapa kali anda ulang senaman untuk bahagian otot yang sama dalam minggu tersebut? Bagi isipadu pula, ia bermaksud berapa jumlah rep dan set yang anda buat untuk bahagian otot tersebut dalam minggu latihan itu.

Ramai kata sebagai seorang natural lifter, anda patut lebihkan kepada latihan yang rendah isipadu tetapi frekuensi tinggi. Betul, kalau anda nak bina kekuatan. Tetapi, kalau anda nak bina otot, sepatutnya anda kena banyakkan isipadu.

Banyak isipadu bermakna banyak masa-di bawah-ketengangan bagi kumpulan otot anda. Ini memberi lebih tension kepada otot, sekaligus memberi lebih stimulasi hypertrophy.

Latihan bina kekuatan tidak sama dengan bina otot. Satu mementingkan anda untuk angkat berat secara efficient, satu lagi memerlukan anda mensasarkan otot secara spesifik dan efektif. Efficient ialah menggunakan seluruh badan secara optimum bagi menganangkat bebanan. Spesifik dan efektif bermaksud isolasi dengan baik.

Tapi ramai kata latihan tinggi isipadu hanya sesuai untuk pengguna steroid. Adakah ini benar? Tidak sama sekali. Mereka punya isipadu jauh lebih tinggi. Natural punya isipadu memang kena tinggi, tapi bukanlah setinggi mereka.

Berlatih 6-7 hari seminggu boleh mempercepatkan pemulihan di samping memberi stimulasi untuk badan adapt. Ini dinamakan sebagai rehat aktif. Anda tak perlu lunyaikan badan anda setiap hari. Ada kala anda hanya perlu ringkankan intensiti. Rehat aktif adalah senaman yang dilakukan sekadar menggerakkan badan, bukan yang memenatkan.

Untuk menjawab adakah latihan 6-7 hari memudaratkan? Jawapannya tidak, jika anda tahu apa yang anda lakukan. Kalau badan anda menjadi semakin lemah, maksudnya anda tidak melakukannya dengan betul.

Entri: Aiman Radzi

Komen Facebook