Sering kali kita dengar orang kata kalau makan banyak sangat protein boleh membahayakan kesihatan, tidak kira protein daripada makanan ataupun daripada supplement. Ada yang kata bahaya pada darah, ada kata pada tulang, dan ada juga kata pada buah pinggang.
Betul, malah makan apa sahaja kalau terlalu banyak boleh membahayakan kita. Sebab itu, kita ada panduan pemakanan untuk membantu kita menganggar keperluan harian. Cuma, kebanyakan panduan ini adalah untuk orang biasa yang kurang beraktiviti.
Bagi abang dan kakak sado pula, tahap aktiviti mereka adalah lebih tinggi. Ini menyebabkan mereka memerlukan nutrisi protein yang lagi banyak daripada orang biasa yang tidak beraktiviti! Kalau orang biasa makan seperti atlit bina badan makan, memanglah sakit.
Ada kajian yang mengkaji kesan pengambilan protein tinggi dalam kumpulan individu yang aktif. Kumpulan tersebut dibahagikan kepada dua, di mana satu kumpulan makan macam biasa, dan satu lagi makan secara diet protein tinggi. Ingat, kedua-dua ini adalah kumpulan yang banyak beraktiviti lasak.
Apa yang mereka dapati ialah, tiada sebarang kesan negatif didapati dalam kedua-dua kumpulan ini, tetapi ada satu kesan istimewa berlaku dalam kumpulan diet protein tinggi. Mereka telah berjaya kurangkan jisim lemak dalam badan mereka melalui pemakanan tinggi protein!
Jadi, jika anda memang aktif dan serius dalam bina badan, anda memang perlukan protein yang tinggi. Beringat juga, apa-apa yang melampau-lampau akan mendatangka kesan buruk pada kita.
Jangan lupa untuk dapatkan protein terbaik iaitu Iso Pro Zero daripada Dee Gym Supplement!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)