Adakah Kerap Bersukan Boleh Mengganggu Pembesaran Otot?

Orang kita, biasalah, memang suka bersukan. Lagi-lagi sukan futsal, bola padang, dan badminton. Ia adalah sukan kegemaran hampir semua orang! Ada yang main hujung minggu, ada yang main hari-hari. Dalam masa yang sama, mereka ingin membina badan juga. Jadi, ini menimbulkan persoalan, samada adakah sukan yang mereka lakukan boleh mengganggu proses pembesaran otot.

 

Sukan-sukan yang kita nyatakan tadi adalah sejenis sukan berintensiti tinggi, dan ia dilakukan untuk durasi panjang (ada yang main lebih sejam). Semestinya, apabila kita beraktiviti kita akan membakar kalori. Badan kita menggunakan kalori sebagai tenaga, dan kalori boleh didapati melalui pemakanan dan juga dalam badan kita sendiri.

 

Kalau anda sedang berada dalam fasa cutting, mungkin anda boleh memanfaatkan hobi kerap sukan anda untuk menjadi lebih lean dan shredded dengan lebih cepat. Tetapi, berhati-hati, kerana ia mudah juga untuk membakar otot anda.

 

Jika anda tengah bulking pula, terlalu kerap bersukan mungkin tidak sesuai kerana terlalu banyak tenaga dihabiskan kepada sukan dan bukannya kepada proses pemulihan otot. Badan anda akan kekurangan sumber tenaga untuk proses tumbesaran otot. Adakah anda tak boleh bersukan langsung semasa bulking? Lihat balik ayat Admin, ada perkataan “kerap” di situ. Main hujung minggu tiada masalah.

 

Jadi, kalau anda main gym dan masih kerap bersukan, jangan peliklah kenapa badan anda susah nak naik jadi besar. Boleh juga nak kerap bersukan, tetapi anda kena makan banyak lagi untuk bekalkan tenaga yang cukup kepada badan anda.

 

Bagi yang susah nak naik berat badan, anda dinasihatkan untuk menggunakan Superior Mass yang tinggi dengan kalori dan protein berkualiti tinggi. Dapatkannya daripada Dee Gym Supplement!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook