Nak mencari masa untuk melakukan aktiviti kecergasan kadang kala boleh menjadi satu beban. Ya lah, bukan semua orang ada masa untuk melakukan hobi masing-masing. Ada yang sibuk berkerja, pulang kerja pula ada keluarga untuk dilayan.

Itu tidak bermakna anda tak boleh bersenam di rumah, kan? Orang kata, kalau nak tue mesti akan cari masa juga untuk uruskan. Setiap orang ada 24 jam, cara kita uruskan masa kita yang penting.

Jika anda nak bersenam di rumah, adakah anda akan dapat nilai dan kesan senaman yang sama seperti mereka yang bersenam di gym? Secara kasarnya, ya… anda boleh dapat kesan yang sama.

Beza senaman di rumah dan gym:

Senaman di rumah

  • Tiada bayaran bulanan
  • Tidak memerlukan alatan mahal
  • Jimat masa pergerakan
  • Mudah untuk bersenam
  • Tak perlu tunggu alatan senaman

Senaman di gym

  • Perlukan kemahiran kendalian alatan
  • Perlu bayar yuran keahlian
  • Tidak selesa seperti di rumah
  • Perlu bergerak ke gym
  • Kena tunggu giliran untuk alat gym

Jika anda nak workout di rumah sahaja, sebenarnya sudah memadai dengan menggunakan beberapa barang sahaja seperti bangku workout dan sepasang dumbbell. Ada yang DIY sahaja alat-alat ini, tak perlu beli pun (itu kalau ada kemahiran DIY lah).

Macam mana dengan menggunakan dumbbell dan kerusi sahaja, anda dah boleh dapatkan kesan yang terbaik untuk home workout? Dumbbell adalah alat senaman yang sangat versatil. Kesemua jenis senaman boleh dilakukan dengan dumbbell. Tak perlu barbell kerana dumbbell lebih berkesan, anda boleh amalkan senaman secara unilateral (sebelah-sebelah).

Saya bagi contoh beberapa senarai senaman yang anda boleh lakukan dengan dumbbell:

Chest, shoulder, triceps:

  • Dumbbell press
  • Dumbbell fly
  • Dumbbell kickbacks
  • Dumbbell overhead extension
  • Dumbbell flyover
  • Dumbbell clean/snatch
  • Dumbbel front raise
  • Dumbbell lateral raise
  • Dumbbel rear fly

Back, biceps:

  • Dumbbell row
  • Dumbbell curl
  • Dumbbell hammer curl
  • Dumbbell upright row

Legs:

  • Dumbbell squat
  • Dumbbell lunges

Banyak senaman, jika anda buat 1 untuk setiap bahagian pun dah memadai. Adjust ikut kesukaan dan kemahuan anda. Tengok kebolehan anda tahap mana dan pastikan anda ikut rutin senaman dan program latihan yang betul secara konsisten.