Adakah Makan Malam Punca Anda Jadi Gemuk?

Adakah Makan Malam Punca Anda Jadi Gemuk?

Follow Us:

Orang kata, kalau nak kurus kena elakkan daripada makan malam. Betulkah kenyataan ini? Kenapa mesti kena elak makan malam untuk kurus? Mari kita uraikan sedikit.

 

Kenyataan “jangan makan malam” wujud sebab ramai yang mudah “binge eating” ataupun terlajak makan. Samada makan di kedai mamak ataupun di rumah sambil tengok movie, memangnya seseorang itu mudah mengunyah macam-macam.

 

Jadi, untuk mengekang masalah ini, orang fitness memberi panduan supaya jangan makan malam! Maka, mereka yang nak kurus akan cuba untuk ikut, sekaligus tak ada lah “bing eating”. Tetapi, memang kena kah elak daripada makan malam?

 

Sebenarnya, tak perlu kerana kalau anda makan terlebih masa siang, tetap gemuk juga dan susah nak kurus. Kalau anda tak dapat makan siang, malam sahaja lah masa makan. Kalau tak makan nanti lapar kebulur. Sebab itu dalam diet, yang paling penting adalah kiraan kalori.

 

Untuk kurangkan berat badan, anda kena defisit kalori. Untuk naikkan pula, buat surplus kalori. Dua benda asas ini adalah yang paling asas antara yang terasas dalam fitness dan diet. Tak kesah makan pukul berapa, kalau anda tak ikut dua hukum tersebut, maka perjalanan fitness anda akan terencat.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!