Adakah Muscle Akan Hilang Kalau Berhenti Workout

Petang tadi muncul perbincangan tentang kesan kalau kita berhenti workout. Adakah otot kita akan hilang, dan jika ya, sejauh manakah otot kita akan hilang? Kemudian, Susahkah untuk dapat kembali kondisi seperti sebelum kita berhenti workout?

 

Untuk menjawab soalan ini, anda kena faham dengan konsep adaptation. Otot kita membesar kerana rangsangan yang kita berikan semasa latihan. Ia akan menjadi besar dan besar apabila rangsangan yang kita berikan itu semakin bertambah. Dengan kata lain, ia akan terus menjadi kuat dan besar (semestinya ada tahap) jika kita berlatih dengan bebanan yang semakin berat, semakin banyak rep, dan semakin tinggi intensiti.

 

Badan kita sebenarnya tidak suka untuk menahan otot. Maksudnya, badan kita tak perlu otot yang banyak. Menariknya, badan kita tak fikir begitu pula apabila kita bercakap tentang lemak kerana badan suka menyimpan lemak berbanding otot. Jadi, apabila kita berhenti memberikan rangsangan latihan kepada badan kita, ia akan berfikir seperti “Buat apa aku simpan otot ini kalau tak dipakai? Baik aku kecilkan balik!”. Kerana apa, lebihan otot hanyalah satu bebanan kepada badan kita. Dia memerlukan lebih tenaga untuk kekal memberikan servis.

 

Kata paling mudah, nak kekal besar kena pakai, kalau tak pakai jadilah kecil. Cuma, ia tidak hilang. Sel otot masih ada di situ, saiznya sahaja yang mengecil. Maksudnya, kandungan air dan kandungan-kandungan lain dalam otot tersebut disingkirkan menjadikannya kecil. Otot tersebut tiada sebab untuk menyimpan kandungan berlebihan kerana rangsangan telah dihentikan.

 

Tetapi, untuk mendapatkannya semula tidaklah begitu susah kerana otot kita ada sesuatu yang dipanggil sebagai muscle memory. Kebolehannya untuk membesar sudah ada, hanya perlukan rangsangan kembali untuk membesar. Dia tidak akan mengambil masa begitu lama seperti anda mula-mula berlatih dahulu.

 

Kalau nak lebih cepat, anda anda kena gunakan Superior Mass daripada Superior14 sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook