Pernah dengar tentang protein casein yang selalu diambil sebelum tidur? Casein adalah protein yang lambat hadam. Bermakna, anda ambil casein sebelum tidur supaya protein dapat diserap perlahan-lahan sepanjang malam.
Tetapi, adakah ia perlu untuk membina badan? Bagaimana kalau anda tak mahu guna casein dan mahu gunakan protein whey yang biasa?
Sebenarnya, protein sebelum tidur tidak memberikan impak begitu besar, dan penggunaan casein juga bukanlah wajib. Tetapi, adakah ia berkesan dan boleh membawa kelebihan walaupun sedikit? Ya, ia masih boleh diamalkan jika anda mempunyai bajet lebih.
Kalau anda tak mahu gunakan casein, anda masih boleh gunakan whey dan itu adalah lagi mudah sebab anda tak perlu beli dua-tiga jenis protein dan menyimpan berbalang-balang supplement di rumah.
Konsep penting ialah anda mendapatkan keperluan makronutrisi yang secukupnya dalam sehari. Masa anda makan, masa anda ambil protein, semuanya tidak memberikan impak yang begitu besar. Selagi anda dapatkan keperluan yang mencukupi (protein, lemak, karbohidrat, dan kalori), anda akan mendapati badan anda berada dalam landasan yang betul untuk membina badan.