Adakah Push Up Membina Otot Yang Besar?

Secara umumnya senaman push up melibatkan 3 bahagian utama iaitu bahu, triceps dan otot dada.

Ia juga secara tidak langsung melibatkan otot pada abs, belakang, dan sedikit pada bahagian kaki.

Ramai yang memilih pull up berbanding push up kerana push up hanya menggunakan 60% daripada berat badan anda..manakala pull up mrnggunakan keseluruhannya.

Tetapi sebenarnya push up juga adalah salah satu cara bagi meningkatkan kekuatan dalaman kerana ia melatih dan menguatkan otot-otot yang teras. Push up adalah senaman kompaun yang melibatkan beberapa bahagian otot dalam satu masa.

Mungkin anda berfikir untuk menambahkan saiz otot anda memerlukan bebanan Yang berat . Ya betul, tetapi anda tidak perlu kepada bebanan semasa melakukan push up untuk memaksimakan saiz otot. Namun apa yang perlu anda lakukan hanyalah menambahkan bilangan reps.

Ya, bilangan reps sudah cukup untuk anda merasakan ketegangan otot seperti anda mengangkat bebanan. Hal ini kerana semasa melakukan push up darah mengalir ke dalam otot-otot lengan anda.

Jika anda melihat kepada ahli tinju contohnya seperti Mike Tyson, beliau lebih suka kepada senaman body weight exercises berbanding lifting weight exercises kerana menurutnya body weight exercises lebih melatih kepada pergerakan yang pantas dan kekuatan yang tinggi. Jadi setiap hari beliau akan melakukan 100 reps push up, 100 reps pull up dan 100 reps squat. Hasilnya, badannya yang sangat muscular .

Jadi terbukti sebenarnya latihan push up mampu membina otot yang ideal jika dilakukan dengan lebih bilangan reps.

Entri oleh : Fakhrul Islam

Komen Facebook