Untuk membesar dengan berkesan, anda kena berikan stimulasi yang secukupnya. Stimulasi di sini bermaksud kekerapan latihan, jumlah rep yang dilakukan dalam minggu tersebut, dan intensiti atau bebanan yang sesuai.

Kalau anda buat sikit, nanti susah nak membesar. Tetapi buat terlalu banyak, badan tak sempat pulih dan anda tak boleh workout lagi. Bukan itu sahaja, nak cedera pun mudah. Anda kena tahu kuantiti yang secukupnya untuk badan anda.

Setiap orang mempunyai tolerasi yang berbeza-beza. Apa yang kita semua ada ialah kebolehan untuk adaptasi. Badan kita akan biasakan diri dengan isipadu tinggi yang dibina secara perlahan-lahan.

Admin nak kongsikan 3 senaman yang anda patut amalkan setiap kali habis workout untuk membesarkan otot tangan dan memastikan kesihatan bahu berada dalam kondisi terbaik.

Curls

Apa-apa sahaja jenis curls samada guna mesin ataupun freeweights (barbell dan dumbbell). Pilih satu variasi atau tukar-tukar setiap kali masuk ke gym. Sasarkan untuk buat 3 set sebanyak 10 rep setiap set. Kekal berat boleh, tambah atau kurangkan pun boleh.

Triceps Extension

Ini juga sama, anda boleh guna mesin kabel ataupun guna freeweights sahaja. Cari yang selesa dan kalau boleh tak perlu berubah tempat dari waktu anda main biceps. Admin sendiri gemar gunakan mesin kabel untuk kedua-dua senaman ini.

Facepulls

Ini, Admin cadangkan anda guna mesin kabel. Sangkutkan tali pada cangkuk tuil dan tarik ke arah muka. Untuk beri fokus pada otot, tarik lurus ke muka. Untuk kuatkan rotator cuffs, tarik ke atas dengan mengutamakan pergerakan external rotation (yang otai pasti faham).

Kunci utama kesemua senaman ini, anda kena cari isipadu yang bersesuaian untuk anda. Anda kena cari bebanan yang sesuai anda buat dan tak rosak badan jika dilakukan setiap hari. Admin buat 30 rep secara superset untuk biceps dan triceps, dihabiskan dengan facepull. Bebanan tak berat, tetapi tak ringan sampai boleh tarik sambil tersenyum.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)