Nak sado dan sasa memang luarannya kita perlu makan, mengangkat bebanan , tidur yang cukup, dan banyak lagi cara. Namun, kali ni saya nak kongsikan beberapa amalan yang jika kita lakukan secara tidak langsung menjadikan anda sado.
Apa itu?
Adab di gym. Ya, kenapa saya berkata demikian? Kerana jika kita menjaga beberapa adab ini pasti kita rasa selesa dan lebih fokus dan pastinya tidak tertekan semasa latihan di gym.
1. Senyum dan sapa
Kebiasaanya kita lihat adat di gym abang-abang sado kebanyakannya murah dengan senyuman dan jika bertentang mata pasti mereka akan tegur. Inilah yang patut dijadikan contoh pada newbie dan lain-lain. Besarnya lengan bukanlah jadi pengukur untuk anda sombong dan tidak bertegur sapa kerana bagi gymmers di situlah rumah kedua untuk mereka. Jadi jika di rumah sendiri pun suram pasti hilang mood untuk memulakan latihan. Konsentrasi juga terganggu. Simpanlah moody anda di luar gym dan bawa masuk semangat dan nekad .
Saya pernah lihat sendiri situasi pergaduhan di dalam gym semasa latihan. Bagi saya tidak patut bagi ahli-ahli gym bergaduh kerana di dalam gym kita adalah sama iaitu individu yang ada kesedaran tentang kesihatan dan fitness. Jadi sepatutnya nasihat dan teguran perlu diambil baik dan tidak perlu menjaga tepi kain orang. Lain orang lain matlamat. Badan lain-lain, latihan berbeza, tapi hati kena satu.
2. Letak plate sesudah guna
‘Pandai guna pandai simpan’. Itu tagline yang anda kena ingat semasa di gym. Saya paham rata-rata tidak menyimpan plate kerana malas,letih, kerana latihan anda yang padu. Namun anda perlu juga memandang kesan perlakuan itu. Ahli yang lain pasti sukar mencari, kemungkinan untuk terpijak, tersadung dan pelbagai lagi kemungkinan. Saya ajar anda cara untuk anda rajinkan diri menyimpan plate.
Anda kena menganggap bahawa menyimpan plate juga adalah suatu latihan lengan untuk anda. Untuk itu anda akan lebih semangat untuk menyimpan kembali kerana menyimpan plate juga menggunakan tenaga dan pergerakan otot.
2 perkara ini perlu dijaga dahulu sebelum dan semasa latihan supaya masing-masing tenang dan selamat menjalani latihan. Bayangkan jika semua ahli menjaga perkara ini, pasti semangat untuk datang ke gym juga berkobar. Pastinya juga latihan anda akan lebih kualiti .
Yang dah amalkan perkara ini “keep it up bro”!