Whey dah ambil, BCAA dah dah ambil, apa lagi yang boleh anda guna untuk tingkatkan keberkesanan latihan bina badan anda? Satu supplement mudah, murah, dan berkesan, gunakanlah creatine!

 

Creatine adalah supplement yang sangat berbaloi untuk diambil, murah dan memang berkesan! Admin galakkan semua yang tiada masalah kesihatan untuk mengambil creatine dalam proses membina badan, tidak kira semasas bulking mahupun cutting.

 

Ya, dua-dua fasa boleh gunakan creatine. Ramai ingat waktu cutting tak boleh ambil. Biasanya, siapa yang nak masuk pertandingan sahaja akan kurangkan creatine. Kalau anda cutting untuk diri sendiri, maka teruskan. Anda akan tingkatkan kekuatan dan kebolehan untuk membina dan menjaga otot anda daripada terurai.

 

Creatine sangat membantu anda untuk menjaga jisim otot daripada terurai, terutama semasa fasa cutting. Kalau dalam fasa bulking, creatine membantu untuk bina lagi otot dengan kelebihan angkatan bebanan lebih berat, lebih banyak rep, penyerapan nutrisi lebih cantik, dan macam-macam lagi.

 

Jadi, bilakah masa sesuai untuk mengambil creatine? Ada yang kata sebelum workout, ada yang kata selepas. Mana satu yang betul?

 

Selepas Adalah Lebih Baik

Anda boleh ambil creatine bila-bila, sebab creatine tak memberikan kesan seta-merta. Memang creatine bukan bertujuan untuk berkesan pada masa anda ambil. Cara creatine berfungsi adalah melalui kepekatan creatine dalam badan anda. Maksudnya, anda kena ambil berterusan supaya konsentrasi creatine adalah tinggi.

 

Ramai yang berasa apabila mereka ambil creatine sebelum workout, kesannya terus dirasa semasa workout. Mereka boleh angkat lebih berat dan boleh buat lebih banyak rep. Itu sebenarnya dikenali sebagai kesan placebo. Kalau anda baru mula guna creatine, kesannya bukanlah secara acute.

 

Untuk meningkatkan penyerapan creatine, elok diambil supplement tersebut selepas workout. Ambil sekali dengan karbohidrat yang cepat hadam, seperti air isotonik. Untuk kesan maksimum, campurkan satu lagi supplement iaitu BCAA ke dalam bancuhan air anda. Dengan itu, anda ada satu campuran air yang sangat mujarab untuk pemulihan otot!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)