Creatine adalah supplement yang sangat berbaloi untuk diambil, murah dan memang berkesan! Admin galakkan semua yang tiada masalah kesihatan untuk mengambil creatine dalam proses membina badan, tidak kira semasas bulking mahupun cutting.

 

Ya, dua-dua fasa boleh gunakan creatine. Ramai ingat waktu cutting tak boleh ambil. Biasanya, siapa yang nak masuk pertandingan sahaja akan kurangkan creatine. Kalau anda cutting untuk diri sendiri, maka teruskan. Anda akan tingkatkan kekuatan dan kebolehan untuk membina dan menjaga otot anda daripada terurai.

 

Jadi, bilakah masa sesuai untuk mengambil creatine? Ada yang kata sebelum workout, ada yang kata selepas. Mana satu yang betul?

 

Selepas Adalah Lebih Baik

Anda boleh ambil creatine bila-bila, sebab creatine tak memberikan kesan seta-merta. Memang creatine bukan bertujuan untuk berkesan pada masa anda ambil. Cara creatine berfungsi adalah melalui kepekatan creatine dalam badan anda. Maksudnya, anda kena ambil berterusan supaya konsentrasi creatine adalah tinggi.

 

Untuk meningkatkan penyerapan creatine, elok diambil supplement tersebut selepas workout. Ambil sekali dengan karbohidrat yang cepat hadam, seperti air isotonik. Untuk kesan maksimum, campurkan satu lagi supplement iaitu BCAA ke dalam bancuhan air anda. Dengan itu, anda ada satu campuran air yang sangat mujarab untuk pemulihan otot!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)