Anda Berat? Tak Mampu Pull Up? Cuba Ini

Pull up adalah senaman bodyweight yang tersangat bagus membina dan membentuk lat atau bahagian belakang anda. Namun tidak semua orang mampu. Senaman bodyweight ini ibarat kita mengangkat badan kita sendiri. Jadi orang yang berat pasti punyai masalah pull up ini. Jangan risau, anda hanya perlu ikut cara ini.

1. The Assisted Pull Up Machine

Senaman ini menggunakan mesin smith yang biasanya ramai yang malu menggunakannya. Mereka menganggap hanya beginner sahaja yang gunakan mesin ini. Jika itu tanggapan anda, anda salah. Ini kerana mesin pull up ini pada sesetengah sebab ia menjadi lebih bagus dari pull up biasa.

Jika anda gunakan mesin ini sebenarnya anda akan dapat lebih tekanan pada lats anda kerana kaki anda stabil apabila anda menapak di pemijaknya itu dan kaki anda lebih selari tanpa bergoyang-goyang. Selain itu, mesin ini sangat membantu khususnya untuk orang yang berat badannya. Jadi anda tidak akan ada alasan untuk tidak melakukan pull ups.

Anda kena faham bahawa kesusahan melakukan pull up itu hanyalah sekejap sahaja. Jika hari ini anda boleh lakukan 3 reps sahaja. Percayalah keesokan harinya anda akan mampu buat lebih dari itu.

Entri: Fakhrul Islam

Komen Facebook