Anda Buat Shoulder Press Duduk Atau Berdiri?

Aiman Radzi - Anda Buat Shoulder Press Duduk Atau Berdiri

Waktu main shoulder, anda buat pressing secara duduk ataupun berdiri? Ada kelebihan dan kelemahan masing-masing, dan anda digalakkan untuk campur kedua-duanya sekali. Cuma, sekarang ramai yang tinggalkan shoulder press secara berdiri. Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan masing-masing.

 

Shoulder Press Berdiri

Kelebihan:

  1. Melatih otot core dengan lebih berkesan.
  2. Anda boleh guna lebih berat.
  3. Anda boleh gunakan sedikit momentum.
  4. Pembina otot shoulder terbaik.

 

Kelemahan:

  1. Memerlukan teknik yang cekap.
  2. Berbahaya bagi mereka yang tidak fokus.
  3. Mudah sakit belakang kalau tidak dilakukan dengan betul.

 

Shoulder Press Duduk

Kelebihan:

  1. Dapat fokus pada otot bahu dengan lebih baik.
  2. Kurang memenatkan untuk dibuat.
  3. Dapat menggunakan teknik-tenik past failure dengan bantuan spotter.

 

Kelemahan:

  1. Susah untuk main berat-berat.
  2. Kurang stimulasi pada otot core.
  3. Boleh jadi senaman sambil lewa (tidak berikan 100%).
  4. Tidak dapat menggunakan momentum untuk bantuan.

 

 

Yang Mana Lebih Baik?

Utamakan yang berdiri dahulu, kemudian lakukan secara duduk. Shoulder press berdiri boleh dilakukan dengan barbell mahupun dumbbell, sama juga dengan yang duduk. Biasanya, orang akan guna barbell untuk berdiri dan dumbbell untuk yang duduk.

 

Entri Oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook