Anda Dah Tahu Trick Dada Lebih Cepat Besar?

Sebut otot dada pasti tergambar benching kerana itu senaman yang paling popular, mudah tetapi berkesan menghasilkan ketebalan otot dada. Namun segalanya bukan pada benching, tetapi bagaimana anda melakukan dengan baik di atas bench itu. Semua orang melakukan bench namun tidak semua yang berjaya buatkan dadanya tebal dan padu.

Apa rahsianya?

Sebenarnya ada trick atau shortcut yang buatkan dada anda akan lebih cepat memberi kesan dan anda harus ketahuinya. Antara tips terbaik yang boleh dikongsi ialah:

1. Latih dada anda di minggu terawal

Ketika anda bahagi-bahagikan senaman mengikut hari, anda harus jadikan hari untuk workout chest anda paling awal dan cari hari semasa badan anda dalam keadaan fresh dan baik.

2. Keluarkan semaksima boleh dada anda semasa benching

Ini adalah trick yang sangat bagus bagi bahagian pecs anda, anda perlu menjadikan bahu anda serendah-rendahnya dengan mengeluarkan semaksima boleh bahagian atas dada anda sehingga terasa regangan. Percayalah ia tersangat bagus. Jika anda susah nak lakukan secara manual, jangan risau anda boleh letakkan segulung tuala di tengah bahagian belakang anda. Dengan cara ini secara automatik dada anda akan tersembul.

3. Fikirkan lengan anda pada paras tengah dada

Apa yang anda patut buat adalah mengaktifkan bahagian pecs anda dan caranya adalah membawa tangan anda betul-betul ke bawah sehingga bar menyentuh pertengahan dada anda. Anda perlu menggambarkan seolah anda akan membengkokkan bar itu sehingga separuh. Dengan cara ini sahaja pecs anda akan lebih aktif dan mampu membina lebih banyak otot.

4. Beri tekanan pada ketinggian berbeza

Tidak semua otot di bahagian dada anda boleh diukir dengan bench press sahaja, ia berbeza mengikut darjah ketinggian. Jadi anda perlu variasikan sekali sekala dengan incline bench press atau decline bench press. Selain itu anda boleh variasikan dengan dumbell fly pecs dan ia lebih menumpukan lebih pada otot yang anda inginkan. Dan jika lebih bagus anda habiskan senaman anda dengan isolation cable fly atau mesin pec dec.

Entri: Fakhrul Islam

Leave a Comment