Mungkin anda pernah dengar yang senaman behind-the-neck mendatangkan banyak kesan negatif pada kita. Tetapi anda tidak tahu apakah kesan tersebut. Mari kita lihat.
Senaman ini boleh dilakukan dengan senaman shoulder ataupun senaman back. Anda boleh buat variasi tersebut pada senaman shoulder press dan juga pull down. ia sebenarnya senaman yang sangat bagus untuk membina otot. Kalau ia bagus, kenapa ramai mengatakan ia berbahaya?
Bagus tidak semestinya bermaksud selamat. Yang melakukan senaman ini adalah mereka yang mempunyai sesuatu untuk dikejar. Maksudnya, seperti atlet-atlet bina badan, atlet kekuatan, dan lain-lain. Mereka perlu lakukan setiap benda yang boleh menjadikan mereka lebih baik dalam sukan yang mereka ceburi, meskipun ia boleh mendatangkan risiko yang tinggi. Itulah yang dinamakan sukan, lakukan apa sahaja untuk menang.
Tetapi, orang-orang biasa seperti kita yang tidak digalakkan untuk buat senaman seperti ini kerana kita tidak memenangi apa yang mereka menang. Kenapa risikokan keselamatan diri kita?
Semasa melakukan senaman-senaman tersebut, beberapa struktur pada bahu kita berada dalam posisi yang merisikokan. Contohnya, tendon supraspinatus mudah tersepit antara acromion dan juga greater tubercle. Lama-lama, struktur ini boleh membengkak dan menyebabkan kesakitan yang amat perit.
Jika anda rasa berbaloi untuk lakukan senaman Ini demi mendapatkan badan yang cantik, anda boleh lalui risiko tersebut. Jika tidak, maka jauhilah senaman-senaman ini.