Anda Kena Makan Gula Selepas Workout

Ramai orang takut dengan gula, dan memang patut anda kena berjaga-jaga dengan gula, cuma bukanlah sampai kena takut. Lagi-lagi kalau anda nak bina badan, gula adalah sangat penting terutama sekali selepas workout!

 

Gula yang Admin maksudkan ialah karbohidrat. Tahukah anda yang karbohidrat sebenarnya gula? Bukanlah seperti gula yang kita masukkan ke dalam minuman itu! Itu pun gula, dan itu gula yang sangat kena berjaga-jaga. Fokus anda adalah pada gula melalui karbohidrat yang berkualiti tinggi.

 

Workout memerlukan tenaga dan ia datang daripada gula iaitu karbohidrat. Satunya, kalau anda tak cukup karbohidrat, itu yang menyebabkan workout anda tak cukup padu. Selepas workout, gula dalam badan anda (glikogen) habis digunapakai melalui proses pembikinan tenaga.

 

Anda kena isi semula tenaga tersebut untuk memudahkan proses pembaikpulihan otot. Jadi, apa yang anda kena buat? Semestinya, anda kena makan! Selepas workout adalah masa yang sangat sesuai untuk anda makan karbohidrat seperti nasi, roti, kentang, ubi, dan macam-macam lagi.

 

Tatkala anda makan karbohidrat selepas workout, sensitiviti insulin dalam badan sedang meningkat. Ini menjadikan penyerapan nutrien gula (dan nutrien-nutrien penting lain seperti protein) adalah lebih berkadar tinggi. Susah nak faham? Selepas workout, makan karbohidrat supaya protein yang anda minum itu juga mudah diserap.

 

Jadi, jangan takut untuk makan selepas workout. Sebabnya, ada yang kata nanti rugilah workout sebab anda makan dan masukkan semula kalori yang anda bakar. Kalau anda takut sangat, maka tak perlu makan langsung. Jadinya, sudah pasti anda dapat bakar kalori lagi banyak daripada biasa, bukan?

 

Gabungkan pengambilan protein anda selepas workout bersama karbohidrat bermutu tinggi. Semestinya, air isotonik juga bagus, tetapi apa kata anda makan proper meal? Dapat capati tampal disekalikan dengan sebotol whey daripada Superior 14 adalah resepi padu membina otot!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook