Anda Kena Makan Makanan Ini Kalau Susah Naik Berat

Adakah anda susah untuk naikkan berat badan meskipun dah makan banyak? Dalam dunia bina badan, masalah ini dikenali sebagai hardgainer. Dikatakan, metabolisme mereka yang mempunyai masalah ini adalah tinggi berbanding orang lain.

 

Sebenarnya, tak naik berat badan bermaksud anda masih tak cukup makan Pastikan nilai kalori anda menepati kehendak matlamat. Anda rasa macam dah banyak makan dan anda tak mampu makan lagi. Oleh itu, lebihkan makanan-makanan ini!

 

1- Sumber Karbohidrat

Contoh sumber karbohidrat adalah seperti nasi, roti, kentang, dan lain-lain. Memang anda rasa dah makan banyak nasi, oleh itu tambah juga sumber karbohidrat yang lain. Paling mudah adalah menambahkan kentang ke dalam makanan anda, kemudian makan roti sebagai snek untuk tingkatkan kalori.

 

2- Kekacang

Tahu tak yang kekacang kaya dengan nutrisi sihat untuk tubuh badan? Ia juga mengandungi lemak yang baik, dan badan kita memerlukannya untuk mensintesis hormon (terutamanya hormon testosteron). Disebabkan kandungan lemak (sihat) yang tinggi, ia juga mengandungi kalori yang tinggi. 1g lemak bersamaan 9kcal! Segenggam kacang sahaja dah beratus-ratus kalori.

 

3- Produk Tenusu

Susu, keju, dan produk tenusu lain adalah sumber protein dan lemak juga pada anda. Tak larat nak minum susu selalu? Tak ada masalah sebab anda boleh campurkan susu dengan protein powder anda. Maka, yang dah sedap akan bertambah-tambah sedapnya!

 

4- Whey Protein

Ya, whey protein adalah pilihan yang baik untuk menaikkan berat badan. Anda boleh juga gunakan mass gainer, tiada masalah. Itu terpulang kepada individu yang mana dia mahukan. Yang penting, anda kena pilih daripada jenama diyakini berkualiti seperti Superior14.

 

Meskipun anda susah nak naik berat dan sering dinasihatkan untuk hentam makan sahaja apa yang ada, berjaga-jaga juga dengan pengambilan minyak dan gula kerana ia masih boleh membawa bahaya kepada kesihatan anda.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook