Anda Mempunyai Masalah Otot Chest Lambat Naik?

Setiap orang ada bahagian otot tersendiri yang susah nak dilatih supaya jadi besar. Ada yang tangan, ada yang kaki, dan ada yang bahagian dada. Admin sendiri mengaku bahagian paling lemah Admin adalah chest!

Antara sebab kenapa chest anda susah nak naik:

1- Bench Press Terlalu Rapat Dan Ringan

Dua ini adalah punca yang paling biasa kita lakukan apabila bench press untuk dada. Satunya, kalau anda bench press dengan grip yang agak kecil, ia akan sasarkan otot triceps lebih daripada chest. Sebab itu juga, ramai senang naik triceps daripada chest. Main ringan pula tak memberikan stimulasi yang cukup untuk sizing. Berapa berat anda kena main? Gunakan bebanan yang anda boleh buat dalam 3-5 rep untuk 3-5 set. Tambah berat apabila anda boleh habiskan dua sesi latihan chest dengan bebanan itu sebanyak rep tersebut.

2- Kurang Buat Incline Bench Press

Senaman bench press yang dilakukan secara incline ataupun pada kerusi condong mensasarkan otot dada bahagian atas, dipanggil clavicular head. Lagi baik kalau anda lakukan secara paused iaitu dengan menahan seketika apabila bebanan berada di atas dada sebelum menolak semula. Tahan dalam 3 saat apabila anda berada dalam posisi ini. Kalau anda buat secara paused, anda tak boleh gunakan bebanan berat seperti teknik biasa sebab secara semula jadinya teknik paused adalah lebih susah.

3- Tak Cukup Senaman Isolation

Untuk dada, senaman isolation pilihan hati ramai orang adalah chest fly samada menggunakan kabel, dumbbell, ataupun mesin khas. Kalau anda buat chest fly, jangan sekadar buat untuk satu darjah sahaja. Maksudnya, buat 1-2 set secara flat, 1-2 set secara incline, dan 1-2 set secara decline. Senaman isolation begini sesuai dilakukan selepas anda dah habis semua senaman kompaun yang utama di awal workout.

Gunakan supplement daripada Dee Gym Supplement untuk membantu anda membina badan yang mantap!

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook