Pasti anda pernah dengar bahawa anda akan gemuk jika abaikan sarapan. Persoalannya betul ke? Mari lihat kajian saintifik ini yang mengaitkan orang gemuk, craving, sarapan dan protein.
Sebuah Kajian:
Kajian ini dibahagi kepada 3 kumpulan yang terdiri dari 3 perempuan gemuk yang berbeza yang :
1. Sarapannya mengandungi 350 kalori dan 13g protein.
2. Orang yang bersarapan dengan 350 kalori tetapi protein yang tinggi iaitu 35g
3. Orang yang tidak bersarapan
Selepas seminggu darah diambil dan beberapa soalan ditanya.
Keputusan
Orang yang mengabaikan sarapan ternyata lebih cenderung kepada rasa craving selepas itu dan menyebabkan overeat.
Manakala, kumpulan yang mengambil 13g protein rasa craving terhadap makanan tidak seimbang berkurang dan boleh mengawal kadar pemakanan.
Dan kumpulan yang mengambil 35g protein menghasilkan keputusan yang terbaik.
Kesimpulan
Walaupun, dua kumpulan yang mengambil jumlah kalori yang sama, namun ternyata kumpulan yang mengambil jumlah protein yang tinggi lebih mengenyangkan dengan tempoh yang lama dan menyekat rasa craving terhadap makanan. Jadi, mengambil protein dalam makanan adalah baik, namun protein yang banyak adalah terbaik.
Hal ini kerana diet yang mengandungi lebih protein menghasilkan dopamine yang boleh menumpulkan rasa overeat dan membantu mengawal selera makan dengan efektif. Kerana jika hormon dopamine ini kurang dalam badan, kerana itulah kita akan rasa craving dengan makanan-makanan yang kurang sihat seperti makanan segera, rasa inginkan makanan manis atau yang tinggi lemak.
Entri Oleh: Fakhrul Islam