2 makanan ini akan merangsang mood anda ke arah positif bergantung kepada peringkat umur anda. Ini makanannya:
1. Daging merah/putih
Bagi daging ia adalah pilihan terbaik bagi anda yang berumur 18-29 tahun. Sebuah kajian dari Universiti Binghamton mendapati mood bagi orang muda bergantung kepada penggalakan penghantaran neuro ke otak. Dan makanan itu adalah daging.
Dengan pengambilan daging, ia dapat menghasilkan 2 cecair otak yang dikenali sebagai serotonin dan dopamin. Dua cecair inilah yang memberi kesan pada mood dan emosi orang muda. Orang muda yang kurang memakan daging dan kurang melakukan senaman dalam seminggu berisiko tinggi untuk menghadapi tekanan mental.
2. Buah-buahan
Buah pula merupakan makanan pilihan bagi orang yang berumur 30 dan ke atas dalam menangani masalah mental atau stress.
Buah mengandungi antioksida yang diperlukan tubuh kerana anda akan semakin tua dan berlaku penuaan pada badan anda. Ini berhubung rapat dengan masalah mental seperti stress. Jadi pengambilan buah yang banyak akan menggalakkan dan melambatkan proses penuaan sekaligus membantu anda menangani masalah mental seperti stress.
Entri Oleh: Fakhrul Islam