Creatine adalah supplement yang cukup terkenal dalam dunia bina badan. Ada orang yang mengagungkannya, ada pula yang mengecam penggunaan creatine. Ramai berpendapat bahawa penggunaan creatine boleh merosakkan buah pinggang. Adakah ini kenyataan benar? Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan penggunaan creatine dalam dunia bina badan!
Kelebihan Creatine
Semestinya, kita akan lihat kelebihan penggunaan creatine terlebih dahulu. Latihan yang kita lakukan di gym dikategorikan sebagai latihan anarobik, dan dalam latihan anarobik, ada dua cara anda menghasilkan tenaga untuk workout iaitu melalui phosphocreatine pathway atau glycolysis. Untuk beberapa saat pertama, anda akan gunakan creatine dalam badan.
Pengambilan creatine membantu badan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh, kalau sebelum ini anda hanya mampu bench press 100kg untuk 5 rep, dengan peggunaan creatine yang konsisten, anda mungkin boleh lakukan 8 rep dengan bebanan yang sama. Ini mendorong kepada peningkatan stimulasi hypertrophy.
Creatine juga menyerap air masuk ke dalam otot, lantas meningkatkan proses kimia yang berlaku. Ini turut termasuk proses pemulihan otot. Apakah yang membesarkan otot anda? Ia bukanlah latihan yang berat-berat di gym, tetapi proses pemulihan yang mantap tatkala anda pulang dari gym. Itu yang paling penting!
Kekurangan Creatine
Satunya, apabila anda menggunakan creatine, anda mungkin akan berasa lebih dahaga daripada biasa. Jangan risau, minum sahaja air secara kerap atau minum sebelum anda rasa dahaga. Kemudian, berkemungkinan besar, imej urat-berdurat anda di tangan dan tempat lain akan mula pudar kerana otot anda mulai menyimpan air. Adakah ini kesan yang buruk? Tidak sama sekali, cuma kalau anda kesahkan pasal urat yang timbul dan obses dengan imej sebegitu, mungkin anda akan rasa sedih melihatnya hilang seketika.
Jangan takut, ia adalah pelaburan yang bijak. Hilang urat sekejap sahaja, tapi stimulasi hypertrophy meningkat! Takkan anda nak tayang badan dan urat 24 jam? Tak ada yang nak tengok sepanjang masa pun. Kalau anda nak kira satu lagi kekurangan lain, poket menipislah. Itu pun sikit sahaja menipis sebab creatine adalah supplement yang sangat ekonomi! Satu botol tahan sungguh lama, dahlah murah. Aisemen, rugi tak ambil!