Saya tahu ramai yang sedang berjinak dengan dunia bina badan ini inginkan hasil yang pantas dan memuaskan. Namun tidak semua melakukan dengan usaha sendiri. Dan tidak dinafikan bantuan supplemen adalah bantuan yang sangat memberi galakan kepada pertumbuhan badan. Ini tidak menjadi masalah buat anda kerana supplemen dibuat dengan bahan-bahan yang bagus.

Apa yang menjadi masalah adalah mengambil bantuan dari ubat yang terlarang dan terbukti memberi kesn buruk kepada pengguna. Ia adalah steroid.

Steroid adalah hormon yang sangat power. Di samping ia memberi kebaikan namun keburukannya lebih jelas dan ketara berbanding kebaikannya.

Ia memberi kesan buruk kepada sesiapa sahaja yang mengmbilnya dengan tujuan ingin membesarkn otot dan sebagainya. Antara kesannya adalah:

Untuk lelaki:
-Testis mengecut
– Ketegangan zakar yang sakit
– Mengurangkan sperma
– Boleh membawa kepada kemandulan

Untuk perempuan:
– Bulu badan membiak dengan berlebihan
– Suara boleh menjadi garau.
– Ketidakseimbangan kitaran haid.
– Saiz dada akan mengecil.

Untuk lelaki dan perempuan:

– Jerawat
– Kulit akan berminyak
– Sakit jantung
– Meninggikan tahap kolesterol
– Mood berubah-ubah

Memandangkan steroid biasanya diambil dengan suntikan ia boleh terdedah kepada HIV atau jangkitan Hepatitis. Jadi, banyak lagi cara yang baik yang boleh menggantikan steroid ini. Ingat, tubuh anda bukanlah eksperimen untuk anda melakukan dengan sesuka hati. Fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

Entri Oleh: Fakhrul Islam