Whole body workout, ataupun latihan seluruh badan merujuk kepada latihan yang mensasarkan senaman seluruh badan. Biasanya, orang buat latihan ikut kumpulan otot seperti biceps, triceps, chest, back, dan lain-lain. Jadi, apakah kelebihan guna latihan seluruh badan? Mari kita lihat!

1- Pembakaran Lemak Lebih Berkesan

Berbanding dengan latihan ikut pecahan otot, latihan seluruh badan dapat membakar lebih banyak lemak daripada biasa. Program latihan seluruh badan biasanya dilakukan selang sehari, menjadikan kadar metabolisme anda sentiasa tinggi untuk membakar lebih banyak kalori.

2- Pembinaan Otot Lebih Padat

Dalam masa yang sama ia membakar lebih banyak lemak, latihan seluruh badan turut membina otot yang lebih padat daripada latihan biasa. Salah satu sebabnya adalah kerana rembesan hormon testosteron yang lebih tinggi daripada rembesan hormon stress iaitu kortisol.

3- Kekuatan Lebih Tinggi

Kalau anda nak jadi kuat, latihan yang memfokuskan senaman seluruh badan adalah lebih mantap untuk menjadikan anda lebih kuat berbanding senaman-senaman isolation. Menjadi lebih kuat mendorong kepada kemungkinan untuk bina otot lebih besar.

4- Kesihatan Menyeluruh

Dengan mengaktifkan seluruh otot dalam badan anda, ia akan memastikan badan anda sentiasa aktif dan cergas. Bukankah kesihatan itu lebih baik?