Anda Nak Mula Ambil Supplement? Baca Ini Dahulu!

Supplement kini menjadi sebahagian besar daripada kehidupan seharian kita. Bukan sahaja supplement bina badan, malah supplement kesihatan juga. Anak-anak juga ada yang mengambil supplement untuk mencukupkan keperluan seharian.

Antara soalan yang Admin kira popular masuk ke dalam inbox Admin daripada dulu lagi. Ramai yang tanya samada boleh atau tidak mereka mula ambil supplement. Mungkin meteka risau kalau awal sangat ambil supplement nanti badan tak terima.

Entri cukup ringkas kali ini untuk menjawab persoalan tersebut. Dan, jawapannya ialah anda boleh ambil supplement pada bila-bila masa sahaja dalam latihan anda. Persoalannya, patutkah anda ambil? Semua orang boleh ambil, tak ada masalah. Ia memang membantu untuk mempercepatkan proses.

Admin tak mahu berikan jawapan berat sebelah. Jadi, secara amnya orang yang baru mulakan latihan lebih sesuai fokuskan diri, masa, wang, dan tenaga kepada latihan yang konsisten dan program senaman yang betul. Ini adalah untuk membina satu foundation yang kukuh.

Dengan foundation ini, barulah anda boleh berganjak kepada level yang seterusnya. Foundation yang Admin maksudkan ialah:

  1. Teknik senaman
  2. Kekuatan
  3. Ketahan
  4. Ilmu pemakanan

Supplement bukanlah ubat ajaib untuk memberikan anda saiz badan yang besar apabila anda dah habiskan sebalang protein. Sebaliknya, ia adalah catalyst kepada kejayaan anda untuk membina otot sesaat anda sudah memenui foundation yang Admin sebutkan tadi. Maksudnya, supplement membantu tetapi bukan wajib.

Untuk mengecapi perkara-perkara tersebut, ia boleh dicapai melalui pengalaman dan juga latihan yang berterusan. Kata putus daripada Admin, anda boleh gunakan supplement tanpa kerisauan meskipun anda baru mula berlatih, tetapi fokus anda adalah pada foundation yang Admin nyatakan sebentar tadi.

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook