Semua orang suka hari chest day, semua orang suka bench press. Tak semua oranh suka back day, kurang yang suka senaman-senaman macam rowing dan deadlift. Tapi, yang paling penting minimum sangat orang suka leg day. Anda jangan jadi bgitu, ya!
Apa-apa pun, gejala menyukai satu bahagian lebih daripada bahagian lain telah menimbulkan banyak masalah. Utamanya, masalah berkaitan ketidakseimbangan kenaikan otot. Samada tak seimbang dari segi saiz otot, ataupun kekuatan.
Ketidakseimbangan begini boleh mendorong kepada kecederaan kerana bahagian yang lemah terpaksa diambil alih oleh bahagian yang kuat. Maksudnya, bahagian tersebut melakukan lebih banyak kerja dari biasa.
Cuba bayangkan diri anda sendiri. Kalau anda berkerja dalam satu pejabat, kemudian kawan anda asyik tak datang atau dia tak reti buat kerja. Bos anda pula suruh anda ganti kerja dia selalu. Apa perasaan anda? Mesti letih (dan marah), bukan?
Badan kita juga boleh meragam begitu tatkala ada bahagian yang lemah lebih daripada bahagian yang lain. Mana tidak, dah lah letih, bertambah letih kena ambil tugas otot lain pula.
Dalam isu kita nak bincang, ramai daripada gymmers yang lebih kuat bench presa daripada pulling, dan ini bukan perkara yang bagus. Ia mendorong kepada tightness pada bahagian hadapan dan memberikan sindrom flex-addicts.
Anda kena lebihkan pulling untuk kuatkan bahagian back. Kenapa? Back yang kuat bermaksud postur badan yang bagus. Ia akan seimbangkan apa yang kurang pada badan anda. Sasarkan untuk angkat pulling sama berat seperti pushing.
Entri: Aiman Radzi