Semua orang tahu bahawa protein adalah penting untuk membina otot dan membaiki badan selepas senaman. Untuk mengekalkan, anda boleh bertukar kepada bar protein untuk pembaikan segera. Bar protein adalah tambahan nutrisi yang menyediakan protein dan nutrien lain untuk tubuh anda. Bar protein juga adalah cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan lebih banyak protein yang dapat meningkatkan penghasilan protein, jisim otot dan menjaga lemak. Sekiranya anda bersenam dengan kerap, maka pengambilan protein anda perlu meningkat untuk memenuhi keperluan baru. Bar protein adalah cara yang semakin popular untuk meningkatkan pengambilan protein harian anda.
Bar protein termasuk protein yang diasingkan dari satu atau sumber lain contohnya, susu, soya atau telur. Mereka boleh memasukkan bahan-bahan lain yang juga ada karbohidrat, lemak, vitamin atau mineral. Ramai orang yang ingin menurunkan berat bergantung kepada makanan jenis ini untuk mengawal pemakanan dan mengurangkan kalori. Bar ini menjadi pengganti makanan yang mengandungi jumlah protein dan serat yang tinggi untuk membantu anda merasa kenyang lebih lama, di samping banyaknya vitamin dan mineral penting lain untuk memastikan pemakanan anda ambil itu seimbang. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya pada makanan alternatif seperti ini untuk diet anda. Bar protein tidak membekalkan semua nutrien dan antioksidan sepertimana yang terdapat dalam buah-buahan segar, sayur-sayuran dan biji-bijian.
Kenapa Protein Bar?
1. Penghasilan Protein
Protein adalah makronutrien penting yang membantu membesar, membentuk, membaiki dan mengekalkan setiap sel-sel dalam tubuh anda. Bar protein boleh membantu menghasilkan protein dan membantu otot anda dalam proses pemulihan. Penghasilan protein sangat penting bagi sesiapa yang bersenam (atau tidak bersenam) kerana ia memberikan pertumbuhan otot, pembaikan, dan penyelenggaraan. Badan kita akan membawa protein ke sel-sel otot untuk menjalani pemulihan dan sebagainya.
2. Penurunan Berat
Bar protein juga boleh membantu penurunan berat badan dan kehilangan lemak secara keseluruhan. Diet protein yang tinggi boleh memberikan tindak balas kenyang yang lebih besar dan lama serta potensi penurunan berat badan, kehilangan lemak dan pengekalan otot.
3. Mudah Dan Menguatkan Tulang
Bar protein juga adalah suatu alternatif makanan yang konvinien atau mudah kerana ianya kecil dan boleh dimakan dengan cepat. Bar protein ini juga mampu menguatkan tulang. Protein dan kalsium berfungsi secara bersama untuk meningkatkan kepadatan tulang, kebanyakan bar protein juga mengandungi jumlah kalsium yang tinggi.
Kesimpulannya, mengambil bar protein sahaja tidak akan membantu membina otot, mereka mesti menambah latihan-latihan kekuatan yang baik dan juga senaman-senaman bebanan yang seuai dengan tubuh agar otot-otot anda boleh berkerja. Dengan ini permintaan protein dalam badan juga akan semakin meningkat serta otot-otot juga akan semakin membesar.
Entri Oleh: Fakhrul Islam