Shrug adalah senaman yang dilakukan untuk melatih bahagian trapezius. Kalau anda nak bahu nampak besar dan tinggi, maka anda kena buat senaman anda dengan strategi. Langkah pertamanya, anda kena deadlift berat-berat. Kemudian, anda kena buat shrug dengan betul.

 

Anda tak perlu buat shrug berat-berat. Sebab apa? Anda perlukan time-under-tension untuk merangsang hypertrophy. Cuba buat dumbbell shrug dengan menahan di atas 3-5 saat dan ulang sebanyak 10-12 rep untuk sekurang-kurangnya 4 set.

 

Kalau anda kira juga, satu set akan makan masa dalam 60 saat. Kalau selama ini anda buat shrug dalam beberapa saat sahaja, maka anda telah merugikan banyak masa dan tenaga. Shrug sudah sedia ada mempunyai jarak pergerakan yang pendek. Maka, anda perlu melakukan sesuatu supaya time-under-tension senaman ini meningkat. Dan, caranya adalah dengan menahan di atas lama sedikit daripada biasa.

 

Selepas ini, kurangkan berat tetapi panjangkan durasi set. Fokus pada pengucupan otot, dan tahan kucupan otot anda untuk 3-4 saat setiap rep. Barulah anda boleh rasa terbakar!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)