Kenapa penting makan lepas workout? Orang kata sebelum workout yang penting untuk bagi tenaga. Kalau makan lepas tu workout takut nanti simpan jadi lemak sebab tak digunakan semasa latihan.
Ramai yang target nak bodyfit, tetapi pemakanan mereka tak terjaga. Mereka belum faham betul-betul konsep pemakanan bagi membina otot. Konsep yang cukup asal tetapi jika tidak diikut, hasil tidak akan datang.
Alahai ruginya, buat penat sahaja workout tadi kalau anda tak jaga pemakanan. Masa kita workout, selain kalori tubuh badan juga akan membakar glikogen dalam badan. Glikogen adalah tenaga simpanan dalam otot kita. Selepas workout badan akan kekurang glikogen, secara automatiknya tubuh akan memberi isyarat pada otak untuk makan untuk tambah nutrisi dalam badan.
Jika lambat masuk nutrisi dalam badan, badan anda akan menguraikan otot sebagai tenaga. Jadi akhirnya otot makin mengecut, pastu esok pgi bangun tak ada apap-apa hasil. Badan juga memerlukan glikogen tersebut Untuk membekalkan tenaga bagi proses pemulihan.
Kalau anda tak jaga proses pemulihan, otot tidak akan membesar. Ramai yang silap faham, mereka berfikir yang muscle mereka membesar semasa mereka berlatih di gym. Sedangkan, apa yang berlaku di gym adalah otot anda mengalami kerosakan kecil dan jika tidak dipulihkan akan menjadi lebih kecil.
Bagaimana cara nak mengisi semula glikogen dalam otot? Anda kena makan selepas workout. Pilihan makanan anda adalah sangat penting. ini juga satu kesilapan di mana ramai berfikir mereka perlu mengambil protein sejurus selepas mereka habis latihan. Walhal, yang penting perlu anda jadikan prioriti adalah karbohidrat. Nah, di sinilah datangnya glikogen untuk anda serap semula.
Makan karbohidrat dahulu selepas workout dan kemudian baru ambil supplement protein. Makan karbohidrat seperti nasi, roti, air manis, dan lain-lain. Dengan memakan karbohidrat dahulu, anda akan meningkatkan insulin dalam badan sekaligus meningkatkan tahap penyerapan nutrisi ke dalam otot. Dengan kata lain, protein akan menjadi lebih mudah untuk diserap ke dalam otot.