- Apakah kesan daripada mrngangkat bebanan secara perlahan dengan mengangkat secara laju? Ada orang suruh angkat perlahan, ada yang suruh laj-laju. Yang mana satu terbaik untuk membina badan?
Kedua-dua cara ini mempunyai kesan yang berbeza dan tidak patut ditinggalkan satu sama lain. Maksudnya ada kena buat dua-dua untuk mendapat kesan maksimum pembinaan otot.
Dalam mengangkat bebanan kita ada dua fasa dikenali sebagai konsentrik dan esentrik. Dari segi latihan pula, kita ada latihan untuk membina otot latihan kekuatan dan latihan ketahanan. Memang prioriti anda dalam pada membina otot tetapi anda tidak boleh meninggalkan komponen latihan yang lain.
Apabila anda mengangkat bebanan secara perlahan, anda akan tingkatkan sesuatu dikenali sebagai time-under-tension dan ini sangat bagus untuk pembinaan otot kerana ia memberi rangsangan stimulasi metabolik yang tinggi kemudian kalau anda angkat bebanan secara laju, anda melatih tahap ketahanan anda dan juga kekuatan bergantung pada cara anda melakukannya.
Kekuatan boleh dibina melalui kedua-dua cara iaitu angkat perlahan dan angkat laju. Selagi mana anda sentiasa cuba untuk mendapat bebanan anda akan menjadi lebih kuat. Ada juga cara yang dikenali sebagai augmentied eccentric training di mana anda menggunakan bebanan yang memang berat tetapi anda turunkan secara perlahan, bahagian mengangkat dibantu oleh rakan anda. Dengan kata mudah anda menggunakannya anda tidak boleh angkat tetapi anda mampu turunkan secara perlahan sahaja. Ini adalah antara teknik yang dikaji berkesan untuk membina otot badan kekuatan. Cuma, ia bukan teknik untuk orang biasa dan bukan untuk diamalkan sepanjang masa.
Jika anda menjadi supplement untuk membina badan, Admin cadangkan anda gunakan perimeter daripada jenama Superior14 untuk mendapat kesan yang maksimum kerana kualitinya yang tinggi.
Entri: Aiman Radzi