Pernah dengar orang nasihat yang untuk bina otot, anda kena main ringan? Ataupun, waktu bulking main berat, dan cutting main ringan. Ini adalah nasihat-nasihat atau tips yang dari dulu lagi disampaikan tetapi sebemarnya tidak tepat.

Berat adalah sesuatu yang subjektif. Berat bagi seseorang tidak semestinya berat bagi orang lain. Contohnya, kalau dia memang mampu untuk deadlift 200kg, tak boleh ke nak suruh dia deadlift 40kg sahaja!

Yang penting sebenarnya adalah konsep progresif iaitu penambahan bebanan dari semasa ke semasa. Berlatih untuk angkat lebih berat, Itulah cara terbaik untuk bina otot. Jangan terus angkat berat mula-mula, memanglah menempah sakit! Tetapi, belajar dahulu teknik dan kuatkan otot teras anda dahulu.

Begitu juga dengan bulking dan cutting. Sebenarnya, tiada perbezaan ketara antara latihan bagi kedua-dua fasa ini. Selagi mana anda menggunakan bebanan yang berat bagi anda dan teknik yang betul, anda akan mendapat hasilnya.

Image result for heavy deadlift

Tahukah anda yang semasa cutting, anda sepatutnya menggunakan bebanan yang berat untuk mengekalkan jisim otot daripada terurai? Tetapi, Admin tengok ramai yang menggunakan bebanan dengan untuk cutting. Akhirnya, badan mereka menjadi sama sahaja seperti sebelum cutting.

Kalau minggu ini anda boleh deadlift 40kg sahaja, minggu depan cuba 45kg. Kemudian, minggu satu lagi cuba pula 50kg. Seterusnya, tambah lagi bebanan. Jika susah untuk tambah bebanan, tambah jumlah repitisi yang dah buat. Inilah kunci kepada bina badan.

Gunakan Superior Mass daripada Superior14 untuk mendapat kesan maksimum pembinaan otot sekarang!

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)