Arnold Schwarzenegger merupakan idola kepada orang ramai. Siapa yang pernah menonton filem Pumping Iron akan tahu, Arnold suka berlatih mengangkat bebanan sampai otot terasa kembang. Katanya, rasa macam nak meletup!

Apa maksud “otot kembang” di sini? Ia adalah situasi di mana darah dalam otot tersangat penuh disebabkan pengucupkan ataupun kontraksi otot semasa mengangkat bebanan secsra berulang untuk sejumlah rep yang banyak. Tekana metabolik begini memberikan kesan hypertrophy yang baik, selain memberikan ilusi badan anda yang membesar.

Darah yang banyak dalam otot disebabkan kesan pam ini menyalurkan nutrisi yang banyak kepada otot anda. Inilah peluang badan anda nak tingkatkan sintesis protein, atau dengan kata lain, bina otot. Ya, memang betul kesan pam tidak akan bertahan lama, hanya di dalam gym sahaja. Tetapi, ini tidak menafikan kelebihannya dalam kenaikan tahap hypertrophy otot.

Untuk pengetahuan anda, cara untuk bina otot ialah badan anda perlu baiki dan besarkan otot lebih banyak daripada otot yang anda dah rosakkan semasa workout. Ya, anda sebenarnya merosakkan otot semasa workout, bukannya membesarkannya. Sebaliknya, otot membesar semasa anda berehat. Sebab itu penting untuk anda dapatkan rehat yang cukup bagi membina badan.

Semasa darah memenuhi otot, ia meregangkan otot tersebut. Bayangkan seperti memenuhkan belon dengan air. Kemudian, otot merasakan peregangan ini dan ia memberi signal supaya otot tersebut dikuatkan (ibarat seperti mengelakkannya daripada pecah).

Anda boleh kembangkan otot dan mengejar kesan pam dengan menggunakan senaman kompaun atau senaman isolation, tak kesah. Admin cadangkan anda buat senaman kompaun dahulu dan kembangkan otot di situ menggunakan 8-12 rep untuk beberapa set. Kemudian, terus ke senaman isolation bagi otot yang sama dan buat 12-15 rep atau lebih, juga untuk beberapa set.

Entri: Aiman Radzi