Masa workout adalah masa latihan. Anda memerlukan perhatian dan fokus sepenuhnya semasa itu. Kalau minda anda ke lain, anda tak dapat manfaat latihan sepenuhnya. Jadi, letakkan telefon ke tepi dahulu semasa di gym!
Itu adalah dalam waktu latihan. Percaya atau tidak, apa anda lakukan sebelum pergi ke gym sangat memberi impak kepada latihan anda? Ya, kalau anda tak siapkan diri anda sebelum latihan, maka minda anda tidak akan bersedia untuk berlatih.
Pernah tak anda rasa, ada sesetengah hari, anda berasa sangat bersemangat semasa di gym? Badan anda kuat, senaman semua terbaik, tak berasa penat, dan anda rasa macam champion dalam gym tersebut. Tetapi, pada hari lain, semuanya terbalik. Minda kata nak workout, tapi badan macam tak benarkan. Lembik sahaja rasa! Ini berkaitan dengan apa anda buat sebelum pergi ke gym.
Kalau anda berfoya-foya sebelum ke gym, semangat anda tak akan datang. Fokus anda akan lari semasa latihan. Anda perlu buat sesuatu yang berikan semangat dan motivasi.
Yang paling mudah ialah menonton video-video motivasi di YouTube. Ada banyak jenis video motivasi anda boleh cari dan tonton. Lagi bagus, jangan bergantung harap pada video bina badan sahaja. Admin ada satu video khas Admin selalu tengok bertajuk “I Am A Champion”. Dari segi lagu, Admin ada banyak lagu “semangat”.
Dengar semasa workout pun boleh, tetapi jika sebelum itu badan anda kata “tak mahu”, susah untuk lawan kembali. Jadi, anda kena naikkan semangat workout anda sebelum pergi ke gym lagi!
Itu dari segi semangat. Ada satu lagi anda kena jaga iaitu dari segi pemakanan. Jangan workout semasa perut terlalu kosong, tetapi jangan pula bagi terlalu penuh. Kosong sangat, nanti anda tak ada tenaga. Kenyang sangat, mengantuk pula. Makan 1-2 jam sebelum anda workout. Makan apa? Nanti Admin buatkan entri lain khas untuk ini!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)