Tahukah anda senaman biceps curl dan juga hammer curl digunakan untuk apa? Ia adalah senaman yang sangat popular dalam membina otot tangan. Secara tak langsung mungkin ini juga adalah senaman pertama yang anda lakukan dalam kerjaya bina badan anda.
Cuma apakah perbezaan antara kedua-dua jenis senaman ini? Nama permulaannya ada beza, satu dinamakan bisep dan satu lagi dinamakan hammer. Kalau yang nama bisep semestinya akan melatih bisep, tapi yang nama hammer takkan melati hammer?
Hammer curl diberi nama hammer kerana anda seperti memegang hammer, itu sahaja. Tangan anda akan berada dalam posisi neutral di mana tapak tangan menghala sesama sendiri. Kalau biceps curl, tapak tangan anda menghala kearah badan anda ataupun dinamakan dalam posisi supinated.
Kedua-duanya membina biceps tetapi pada darjah yang berbeza. Maksudnya, dia memberikan fokus dan rangsangan yang berlainan. Juga, otot sinergis yang lain juga akan diaktifkan.
Kalau anda buat biceps curl, anda memberi fokus banyak kepada otot biseps (kedua-dua kepala iaitu long head dan short head). Hammer curl pula memberi lebih fokus kepada otot brachioradialis dan wrist extensor di samping turut melatih otot bisep.
Jika anda nak kan lengan anda nampak tebal, perbanyakkan senaman hammer curl. Manakala jika anda mahukan tangan Anda mempunyai biseps yang menggunung dan bulat, lakukan bisep curl dengan banyak. Lebih cantik lagi, anda buat kedua-duanya.
Satu benda anda kena ingat, senaman ini boleh dilakukan dengan berat disertakan momentum, dan ia juga boleh dilakukan dengan ringan serta teknik yang strict. Kedua-duanya ada tempat masing-masing. Adakala anda kena gunakan bebanan yang berat, dan ada kalau anda kena gunakan yang ringan. Ubah mengikut kesesuaian program.
Entri: Aiman Radzi
@deegymsupplement #deefitness