Nie soalan paling kerap di Tanya oleh kebanyakkan customer sebab mereka keliru nak guna mass atau whey… yelah tengok iklan semua tulis untuk besarkan otot, guna mass otot besar guna whey pun otot besar. Last-Last pening macam tu je tak tahu target apa. Silap beli tak de hasil lak!
Ok , Admin bagi ringkasan anda faham apa tu mass dan whey
Mass = Tinggi kalori , Tinggi Gula, Tinggi Fat dan Tinggi Protein
Whey = Rendah Kalori, Rendah Gula, Rendah fat dan Tinggi Protein
Jadi basic nak tambah berat badan mudah je iaitu ambil kalori lebih , jika nak turunkan berat badan ambil kalori rendah
Macam Mana Saya Nak Tahu Saya Gemuk Ke Kurus ?
Nak Tahu mudah je, tengok kat perut kalau mudah boroi tu tanda fat tinggi lah tu, kalau badan keding siap nampak tulang tu kiranya kurus lah tu. Badan berisi better mass, badan berlemak better whey.
Siapa Sesuai Guna Mass ?
- Bagi mereka kurus kering dan susah nak tambah berat badan
- Bmi dia kurang, sampai nampak tulang
- Makan banyak tapi tak boroi-boroi
- Makan banyak tapi berat badan tak naik-naik
- Nak gemukkan badan lagi
Siapa Sesuai Guna Whey ?
- Anda yang berat badan berlebihan
- Bmi over sangat atau normal
- Anda yang target nak turunkan berat badan tapi nak bina otot
- Makan banyak sikit mudah je boroi
- Nak tambah size otot tapi tak nak boroi
- Pentingkan kesihatan, nak sihat tapi xnak badan berlemak
Boleh ke Whey Protein Besarkan Otot ?
Boleh…Jika badan anda memang jenis berisi. Anda perlu tahu yang membesarkan otot adalah gabungan antara jumlah kalori mencukupi dan protein yang tinggi…Kira anda yang badan memang dah gemuk mesti kalori berlebihan dalam badan jadi guna je whey tambah protein lagi baru otot membesar. Kalau jenis kurus kering kalori badan dia kurang tu kene ambik mass kasi xtra kalori lagi dengan protein. Jadi jawapan boleh xde masalah janji tengok badan anda macam mana.
Cadangan bagi yang kurus, ambik mass dulu sampai berat badan naik, badan dah berisi baru tukar ke whey protein kasi tune muscle tu lagi cun tanpa fat. Yang badan berisi atau gemuk sebaiknya whey je, whey pun boleh besarkan otot janji workout cantik. Kebanyakkan bodybuilder ambik whey je tak kira dia tengah sizing ke cutting whey je diaorang ambik. Yang membezakan otot cutting ke sizing adalah pemakanan harian kita.
Klau kurus amik whey protein jadi apa ya😅
boleh ambil superiormass