Mesti pernah dengar jenis latihan Superset, Dropset, giant set tapi tak ramai tahu bila nak digunakan , Ketika bila nak guna, untuk sizing atau cutting.
Secara ringkas kesemua set adalah mempunyai kelebihan masing-masing tetapi waktu digunakan berbeza. Bukan boleh dilakukan serentak kesemua set dan kebiasaannya tidak memerlukan waktu yang lama.
Ringkasan Keempat jenis latihan yang paling popular di lakukan :
Super Set – Maksud Superset adalah dengan melakukan 2 jenis senaman / 2 set secara berterusan tanpa rehat antara set. Superset boleh dilakukan pada Otot yang sama atau Otot berlawanan tetapi tetap tanpa rehat antara set.
Contoh 1 : Lakukan Squat dalam 10 reps dan habis squat terus sambung ke leg extention dalam 10 reps.
Contoh 2 : Bench Press dalam 15 reps dan sambung terus kepada Back Pull Down selama 15 reps
Jumlah reps bergantung kepada anda tetapi disarankan lakukan 12 ke 15 reps ke atas untuk hasil terbaik.

Tri Set : Tri Set bermaksud 3 sama juga macam anda lakukan Superset tetapi Tri Set dilakukan dengan 3 set secara berterusan. Juga sama seperti Superset tanpa rehat antara set.
Contoh 1 : Squat 15reps + Leg Extension 15 reps + Leg Curl 15 reps.
Giant Set : Bila sebut Giant membawa maksud besar . Untuk Giant set anda perlu lakukan lebih dari tiga set atau tetapi jumlah reps yang sedikit rendah . Kebiasaannya anda perlu lakukan sehingga 4 set secara berterusan tanpa rehat.
Contoh : incline Dumbell Curl 10reps + seated Dumbell curl 10reps + standing dumbell curl 10reps + leaning dumbell curl 10reps.
Contoh : Start Bench 80kg – 70kg – 60kg – 50kg

Drop Set : Drop membawa maksud jatuh. Kira anda lakukan beban paling berat dan turun sedikit demi sedikit sehingga beban yang paling ringan. Kebiasaannya beban paling berat di kira 80% dari beban yang anda mampu angkat. Sebagai contoh anda mampu lakukan bench press 100kg, kira anda starting 80kg dulu dan turun dalam 10kg setiap set. Boleh dilakukan sehingga 3 ke 5 bebanan berbeza. Untuk 3 set pertama lakukan sehingga capai tahap maksima ( To Failure )

Piramid Set : Ini merupakan set yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan ahli bina badan. Sesuai digunakan untuk yang baru dan yang lama. Piramid set tidak dilakukan secara berterusan tetapi untuk secara berperingkat. Sebagai contoh, set pertama 20kg, set kedua 40kg, set ketiga 60kg, set keempat buat penurunan kembali. Kebiasaannya 50% daripada beban terakhir, menjadi 30kg. Beban menaik dan menurun. Tempo setiap set di cadangkan dalam 40saat to 10 minit sahaja. Jangan lebih ini membuatkan Otot anda kembali mengecut dan sukar untuk mencapai hypertropi.
Nak baca lebih banyak info tentang workout boleh Follow Group Kami : https://t.me/DeeGymSupplement