Ramai yang terlalu menggunakan momentum semasa melakukan senaman yang melibatkan beban berat. Momentum bukanlah musuh, tetapi jika anda mahu maksimumkan saiz, anda perlukan time-under-tension (TUT).
“Apa tu TUT?”
TUT atau masa-di bawah-ketegangan adalah jumlah masa otot anda menerima tekanan. Semakin tinggi TUT, semakin tinggi tekanan yang membawa kepada pembesaran.
Macam mana nak maksimumkan TUT?
1. Gunakan beban ringan dan kawal pergerakan turun
2. Gunakan beban berat, hayun tapi kawal waktu turun
3. Lakukan latihan penyerlahan eksentrik.
4. Gunakan ARM BLASTER
Pernah tengok gambar Arnold, pakai satu alat yang merentgangi badan sambil buat bicep curl? Alat ini dipanggil ARM BLASTER dan ia sangat efektif untuk membina saiz tangan!
ARM BLASTER akan memastikan form anda lebih terjaga. Anda tidak akan mampu menghayun dengan banyak, menjadikan alat ini satu ikhtiar untuk peningkatan TUT yang bagus.
TIP: Anda juga boleh gunakan alat ini untuk senaman triceps, seperti triceps pushdown pada mesin kabel.
Folow Instagram DEEGYMSUPPLEMENT