Apa Kau Kene Buat Lepas Habis Main Gym

Apa Kau Kene Buat Lepas Habis Workout !

Nie tips cap ayam tapi tips nie hampir 70% gagal buat. Yang gagal Buat tu kemungkinan  besar tak tahu lansung tips nie. Kira dia lagi Cap Ayam dari tips admin nak share nie.

Ada 5 Je Tips admin nak share  yang korang wajib buat lepas habis workout kalau betul-betul nak buat badan. Silap tips ini habis sia-sia workout dan lagi bagus main Mobile Legend dari main gym.

( Tips 1 )

MAKAN SECUKUPNYA:

Maksud dia makan sampai kenyang jangan sampai jadi ular sawa sudah. Tu dah langgar Sunnah Nabi. Apa korang kene makan adalah makanan tinggi Carbo, Protein, Serat. Korang google lah makanan apa tggi protein carbo n serat tu. Kalau boleh 1/3 setiap bahagian. Protein 1 bahagian, Carbo 1 bahagian, Serat 1 bahagian. Yang penting Less lemak gula minyak semua tu baru cantik otot naik bukan naik sebu macam badak sumbu.

( Tips 2 )

REHAT :

Rehat tak kira korang nak lepak ke , nak main game ke, nak dating ke atau terus nak bungkang ( tidur lah ). Mana-mana boleh janji rehat terus lepas workout bukan lepas workout terus main futsal, terus jogging 100 kilometer, bukan terus mandi sungai padahal tk pandai berenang pun. Jadi rehat secukupnya lepas workout sebab otot dan badan tu kene rehat secukupnya. Jangan bagi otot stress dengan rehat tak cukup, kalau tak mana nak membesar bang oiii,

( Tips 3 )

AMBIL SUPPLEMENT :

Penting ke supplement ? Pentinnglah sebab korang main gym nak buat otot bukan nak sihat . Kalau nak sihat tak perlu supplement tak pew tapi nak Bina otot supplement wajib ambil. Supplement nak melengkapi segala nutrisi yang Otot perlukan. Percaya cakap admin korang tak akan mampu dapatkan nutrisi secukupnya dengan solid Food je mesti kene ada supplement juga. Dan supplement juga menjimatkan dan mudah diambil dari Solid Food. Bukan bermaksud jangan ambil solid food tapi ambil sekali. Contoh Supplement Wajib kene ambil kalau nak bina otot : Protein, Bcaa, Creatine, Glutamine.

( Tips 4 ) 

MANDI :

Kenelah mandi lepas workout, giler apa tak mandi badan dah bau bangau boleh terus tidur ke aparaaa. Mandi lepas workout, kasi bersih habis badan supaya badan lebih relaks dan tak stress. Kalau badan strees maka hormone kortisol akan dirembes dan otot akan susah nak grow dan segala nutrisi susah nak diserap dan Hormon pembesaran pun malas nak keluar sebab badan dah stress bau badan bangau kau tu.

( Tips 5 )

MINUM AIR SECUKUPNYA:

Habis Workout minum air secukupnya jangan kurang sebab time kau workout banyak air dah keluar dalam badan kau. Kau bayangkan time kau workout badan kau dah keluarkan seliter air maka seliter airlah kau kene minum balik supaya tak hidrasi. Dan air juga sebahagian dari Posisi Otot kita. Otot akan nampak kecut dan kendur jika tak cukup air. Minum air masak bukan kopi o ais, bukan milo ais, bukan teh tarik…masuk air masak dulu secukupnya lepas tu rasa banyak lagi kosong baru minum Teh beng kau tu.

Ok, tu je tips nak share kalau tips nie tak faham juga admin mals kawan malas dah buat promosi tak masuk akal.

Tunggu next Info dari kami dan Jangan Lupa Follow Telegram Channel kami nie :

https://t.me/DeeGymSupplement

Komen Facebook