Biasanya senaman di gym melibatkan banyak latihan-latihan berat yang mana matlamatnya adalah untuk menjadikan otot semakin besar dan lebih besar. Lihat sahaja ahli-ahli gym yang selalu berlatih, ototnya menjadi besar dan padu. Ini kerana pertambahan berat plate membesarkan lagi saiz otot-otot.

Tetapi pernahkah anda melihat individu yang mengukir badannya? Maksudnya di sini bentuk badannya itu sangat menarik sehingga menampakkan segala jenis otot. Ianya tidaklah terlampau besar dan tidaklah terlalu kecil. Bagaimana nak mendapatkan bentuk seperti itu?

Biasanya untuk mengukir badan seperti itu, anda perlu melakukan senaman bodywieght yang mana berat badan andalah menjadi pemberat. Ini kerana senaman bodyweight menggunakan hampir keseluruh otot untuk berkerja.

Apa yang menarik tentang senaman ini adalah anda tidak perlu ke gym tetapi mampu mengukir badan yang menarik.

Jadi apa senamannya?

1. Pull up.

Jika anda perasan, di taman-taman atau di tepi jalan, ada segelintir individu yang dikenali dengan ‘budak bar’. Senaman yang mereka lakukan hanyalah bergayut pada bar atau pull up. Namun jika dilihat bada bentuk badan mereka sangat menarik. Otot tangan lebih jelas dan back anda akan lebih cantik kerana anda mengangkat berat badan anda menggunakan keseluruhan badan. Apa yang anda perlukan hanyalah menambahkan reps anda dari hari ke hari.

2. Push up

Push up juga adalah satu senaman bodyweight yang mana senaman ini adalah senaman kompaun yang mengenakan beberapa bahagian otot dalam suatu masa. Senaman ini terbukti memberikan anda bentuk badan yang diingini lebih-lebih lagi pada bahagian bicep dan triceps.

3. Plank dan squat

Dua senaman ini juga membantu memberikan bentuk badan yang menarik. Plank adalah senaman yang majornya mengenakan pada bahagian perut memberikan abs anda lebih jelas dan kukuh. Lakukanlah mengikut minit untuk beberapa set seperti 1 minit 3 set. Dan pada hari-hari berikutnya abda hanya perlu menambahkan bilangan minit dan anda akan lihat perubahan abs anda.

Squat pula adalah senaman yang mengenakan bahagian kaki. Pinggul anda akan lebih menarik serta peha anda akan menampakkan otot-otot yang anda belum pernah ada sebelum ini. Anda boleh lakukan squat ini di gym dengan pemberat ataupun jika anda ingin melakukan di rumah lakukan sahaja tanpa pemberat.

Anda juga boleh menambahkan satu lagi jenis squat iaitu ‘jump squat’ . Lakukanlah ia bersama squat biasa. Namun jika anda berasa letih lakukanlah salah satu sahaja. Squat jump pergerakannya lebih agresif dan lebih memenatkan kerana ia melibatkan lompatan.

Semua senaman di atas jika dilakukan dengan baik dan betul pasti akan membentuk badan anda dengan menarik. Namun jika anda inginkan kesan yang lebih cepat, gabungkan sahaja keempat-empat senaman ini pada masa yang sama. Senaman ini sebenarnya boleh dilakukan pada setiap hari kerana ianya hanya mengambil masa 30 minit dan anda juga tidak berisiko untuk mengalami kecederaan seperti kecedaraan di dalam gym.

Entri oleh : Fakhrul Islam